Dari jalan Ma'qil bin Yassar
ra....hadithnya lemah:
عن معقل بن يسار عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: (من قال حين يصبح ثلاث
مرات: أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، ثم قرآ ثلاث آيات من آخر سورة
الحشر وكل به سبعين ألف ملك يصلون عليه حتى يمسي، وإن مات في ذلك اليوم مات
شهيداً، ومن قالها حين يمسي كان بتلك المنزلة)
Dari Ma’qil ibn Yassar dari Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca tiga kali di pagi hari,
أعوذُ باللهِ السميعِ العليمِ ، من الشيطانِ الرجيمِ،
Dan kemudian membaca tiga ayat
terakhir Surah al-Hashr, Maka dengannya Allah akan mengutuskan 70000 malaikat
untuk mendoakannya hingga petang hari, dan sekiranya dia meninggal dunia pada
hari tersebut, Ia mati dalam keadaan syahid dan barangsiapa mengucapkannya pada
petang hari, kedudukannya sama seperti itu” (HR. Tirmidzi no. 2922 dan Ahmad
no. 20306)
Imam Tirmidzi berkata, Hadith ini
gharib, kami tidak mengetahui kecuali dari jalan ini.
Disebutkan oleh Ats-Tsa’labi
dalam Tafsirnya: 9/ 289 . Sanadnya dhaif kerana ada perawi yang bernama Khalid
bin Thahman, ia didhaifkan oleh Yahya bin Ma’in.
Didhaifkan oleh Syeikh Al-Albani
di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5732.
Dari Abu Umamah ra:
1.
مَن قرأَ خواتيمَ سورةِ الحشرِ في ليلٍ أوْ نهارٍ فماتَ من يومِهِ أوْ
ليلتِه فقد أوْجَبَ اللهُ لهُ الجنةَ
Barangsiapa yang membaca akhir
surah al-Hasyr baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal pada hari itu, maka
wajib baginya masuk syurga (HR. al-Baihaqi dalam Syuabhl Iman no. 2501, Ibnu
Adi dalam al-Kamil 3/318, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/444).
Hadith batil menurut az-Zahabi dan Lajnah
Daimah 142/142-143, bahkan ada ulama yang menilainya palsu kerana:
Terdapat perawi bernama Sulaim bin 'Uthman
al-Fawzi, nama beliau adalah Sulaim bin 'Uthman al-Tha'ei al-Himsi. Ibn Adi
berkata:
"Beliau telah meriwayatkan
daripada Muhammad bin Ziyad al-Alhani riwayat-riwayat yany munkar".
(al-Kamil Fi Dhuafa' 3/317).
az-Zahabi turut membawakan hadith
ini dan beberapa hadith lain yang diriwayatkan oleh Sulaim bin 'Uthman
al-Fawzi, lalu beliau berkomentar:
Abu Zur'ah berkata: Hadith-hadith
ini adalah palsu (Mizanul I'tidal 3/324).
2.
من تعوذ بالله من الشيطان ثلاث مرات ، ثم قرأ آخر سورة الحشر بعث الله
سبعين ألف ملك يطردون عنه شياطين الانس والجن إن كان ليلا حتى يصبح ، وإن كان
نهارا حتى يمسي
Dari Abu Umamah ra., Rasulullah
saw bersabda, “Barangsiapa yang minta perlindungan kepada Allah dari gangguan
syaitan (dengan membaca Taawudz) sebanyak 3 kali, kemudian dia membaca akhir
Surah Al Hasyr, maka Allah akan mengirim 70000 malaikat untuk mengusir syaitan
dari golongan jin dan manusia, jika malam - sampai fajar, dan jika siang -
sampai matahari terbenam (HR. Ibnu Mardawaih sepertimana disebutkan as-Syaukani
dalam Fathul Qadir 5/208-209, as-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 8/122).
Hadith ini juga ditemukan dalam
kitab hadith Syiah Biharul Anwar 89/309.
No comments:
Post a Comment