Thursday 19 January 2023

Hadith palsu bertongkat umur 40 tahun

 

Matan hadith

 

مَن بلغَ الأربعينَ ولمْ يمسكِ العَصا فقدْ عَصى

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang sampai (umurnya) kepada empat puluh dan dia tidak meenggunakan tongkat, sesungguhnya dia telah melakukan dosa

 

Takhrij

 

Hadith tiada asal menurut Mulla Ali Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah no. 179 dan al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa’ no.  1025.

 

 

Hadith-hadith lain berkenaan tongkat

 

 

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:

 

 

حَمْلُ العَصَا عَلَامَةُ المُؤْمِنِ وَسُنَّةُ الأَنْبِيَاءِ

 

Tongkat adalah tanda seorang itu mukmin dan sunnah para anbiya (HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 2750, palsu menurut Syeikh al-Albani dalam  Silsilah Hadith Dhaif no. 535).

 

Daripada Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata:

 

التوكؤُ على العصا من أخلاقِ الأنبياءِ قال وكان لرسولِ اللهِ صلى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عصا يتوكأُ عليها ويأمرُ بالتوكؤِ عليها

 

Berpegang pada tongkat adalah daripada akhlak nabi-nabi dan Rasulullah SAW mempunyai tongkat yang mana Baginda SAW berpegang padanya dan juga Baginda SAW memerintahkan agar berpegang pada tongkat (HR. Abu SYaikh dalam Akhlak Nabi no. 764, Ibnu Adi dalam al-Kamil 8/101, al-Baghawi dalam al-Anwar fi Syamail al-Nabi no. 873,  palsu menurut Ibnu Adi Ibnu al-Qaisarani dalam Zakiratul Huffaz 2/1178).

 

 

التَّوَكُؤُ عَلَى العَصَا مِنْ سُنَّةِ الأَنْبِيَاءِ

 

Berpegang pada tongkat adalah daripada Sunnah nabi-nabi (Tiada asal yang jelas menurut Mulla Ali Qari dalam al-Asrar al-Marfuah* no. 179 dan al-Qawaqaji dalam al-Lu’lu’ wal Marsu’ no. 67).

 

 

Yang lebih ringan darjatnya adalah dari Abu Umamah al-Bahili:

 

خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَكِّئًا عَلَى عَصًا

 

Rasulullah SAW telah keluar menemui kami dalam keadaan berpegang pada tongkat

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 5230 at-Thabari dalam Musnad Umar no. 833, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8937, Ibnu Majah no. 3836, Ahmad no. 22235.

 

Didiamkan oleh Abu Daud petanda memerlukan kajian lanjut, maka perlukan penilaian lain dari ulama hadith.

 

Didhaifkan oleh Ibn Jarir at-Thabari dalam Musnad Umar 2/563

 

Didhaifkan oleh al-Qasthalani dalam Irsyad al-Sari 9/135

 

Didhaifkan oleh Ibnu Mulaqqin dalam Syarah Sahih Bukhari 29/100

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dan Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sunan Abu Daud no. 5230.

 

Hasan menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Takhrij Misykatul Mashabih 4/336, al-Mundziri dalam al-Targhib wal Tarhib 3/372, Ibnu Muflih dalam al-Adabul Syariah 1/438, al-Haitami al-Makki dalam al-Zawajir 2/171

 

Penggunaan tongkat termasuk di dalam sunnah al-jibiliyyah yang berkait dengan adat sesuatu tempat atau masyarakat dan tongkat boleh digunakan bagi sesiapa yang berhajat padanya. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh mempercayai bahawa terdapat fadhilat atau kelebihan-kelebihan tertentu padanya (Irsyad al-Hadith no. 56).

 

* al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah yang dikenali juga sebagai al-Maudhu’at al-Kubra adalah karya Mulla Ali Qari yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

 

 

Rujukan

 

Irsyad al-Hadith no. 56

 

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...