Thursday 19 January 2023

Hadith perumpamaan terhadap orang yang menjaja cerita kelambu suami isteri

 

 

Matan hadith

 

عن أبي هريرة  رضي الله عنه قال ‏أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم فلما سلم أقبل عليهم بوجهه فقال مجالسكم هل منكم الرجل إذا أتى أهله أغلق بابه وأرخى ستره ثم يخرج فيحدث فيقول فعلت بأهلي كذا وفعلت بأهلي كذا فسكتوا فأقبل على النساء فقال هل منكم من تحدث فجثت فتاة كعاب على إحدى ركبتيها وتطاولت ليراها رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم ويسمع كلامها فقالت أي واللّه أنهم يتحدثون وأنهن ليتحدثن فقال هل تدرون مامثل من فعل ذلك أن مثل من فعل مثل شيطان وشيطانة لقى أحدهما صاحبه بالسكة فقضى حاجته منها والناس ينظرون إليه‏

 

 

Terjemahan

 

Daripada Abu Hurairah ra, dia berkata ketika Rasulullah saw selesai mengucapkan salam kepada pengujung solatnya, lalu beliau menghadapkan wajah ke arah jamaah (makmum) seraya bertanya:"Majlis yang berbahagia, apakah ada di antara kalian yang mencampuri isteri dengan menutup pintu dan merapatkan tabir, akan tetapi, kemudian membicarakan kejadian itu kepada orang lain dengan mengucapkan, bahawa aku telah melakukan begini dan begitu terhadap isteriku?" Mendengar perkataan itu, para jemaah laki-laki berdiam diri. Lalu Beliau menghadap ke arah jemaah wanita seraya menanyakan: "Apakah ada di antara kalian yang membicarakannya?  Kemudian ada seorang wanita muda duduk di atas kedua lututnya sambil mengangkat kepala agar terlihat dan terdengar suaranya oleh Rasulullah berkata: "Demi Allah mereka semua jemaah lelaki dan juga jemaah wanita membicarakannya. Kemudian beliau bertanya: "Apakah kalian mengetahui perumpamaan orang yang melakukan hal itu?". "Sesungguhnya perumpamaan orang semacam itu seperti syaitan jantan dan betina, di mana salah satu dari mereka bertemu pasangannya di tengah jalan lalu melepaskan hajat mereka di sana, sedangkan orang-orang tengah melihat kepadanya.

 

 

Takhrij

 

HR. Ahmad 2/540-541, Abu Daud no. 2174, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 7/194, Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya 7/67/1.

 

Hadith ini sanadnya dhaif kerana terdapat perawi yang majhul, al-Thafawi (Nailul Authar 6/350).

 

Akan tetapi, hadith ini sahih menurut Syeikh Zaid Bin Muhammad al-Madkhali dan Syeikh al-Albani kerana terdapat syawahid [dalam Musnad Ahmad 6/456-457] (al-Afnan al-Nadiyyah 4/345; Irwaul Ghalil 7/73).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...