Tuesday 25 April 2023

Hadith palsu ucap alhamdulillah 3 kali

 

Matan hadith

 

عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما أنعم الله -تعالى- على عبد من نعمة، فقال: الحمد لله؛ إلا وقد أدى شكرها، فإن قالها الثانية؛ جدد الله له ثوابها، فإن قالها الثالثة؛ غفر الله له ذنوبه

 

Terjemahan

 

Daripada Jabir RA-diriwayat secara marfu’-: Tidaklah Allah memberikan nikmat kepada seseorang hamba-Nya lalu dia mengucapkan: Alhamdulillah melainkan dia telah menunaikan kesyukurannya. Jika hamba itu mengucapkannya kali kedua, maka Allah memperbaharui pahalanya, jika hamba itu mengucapkannya kali ketiga, maka Allah mengampunkan dosanya

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim dalam Mustadrak no. 1861, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4402 dan ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 6272.

 

Sanadnya disahihkan oleh al-Hakim tetapi dibantah oleh az-Zahabi, beliau menukilkan jarh Abu Zur’ah ke atas salah seorang perawi yang dituduh pendusta, iaitu Abu Muawiyah Abdul Rahman bin Qais. Juga Muhammad bin Abi Humaid dia munkarul hadith menurut Imam Bukhari, at-Tirmidzi, , Ahmad bin Hanbal, Abu Hatim ar-Razi.

 

Palsu menurut Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wal-Mawdhu' ah Mujarradah ‘An al-Takhrij no.10033.

 

Palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2010.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...