Wednesday 31 May 2023

Hadith selawat Nabi saw yang tidak terbatas pahalanya

 

Matan hadith

 

وعن جماعة من الصحابة قالوا: بينما النبي في المسجد إذ دخل عليه أعرابي فقال السلام عليكم يا أهل العز الشامخ والكرم الباذخ فأجلسه النبي ﷺ بينه وبين أبي بكر رضي الله عنه فقال أبو بكر يا رسول الله تجلسه بيني وبينك ولا أعلم على وجه الأرض أعز علي منك. قال أخبرني جبريل عليه السلام أنه يصلي علي صلاة لم يصلها علي أحد قبله قال كيف يقول قال يقول: اللهم صل على محمد وعلى آل محمد في الأولين والآخرين وفي الملأ الأعلى إلى يوم الدين فقال أبو بكر رضي الله عنه أخبرني يا رسول الله عن ثواب هذه الصلاة قال: لو كانت البحار مداداً والأشجار أقلاماً والملائكة كتاباً لغني المداد وتكسرت الأقلام ولم تبلغ ثواب هذه الصلاة

 

 

Terjemahan

 

Suatu hari ketika Rasulullah ﷺ berada di masjid, tiba-tiba seorang lelaki berserban datang menemui beliau. Lelaki itu membuka serban yang menutupi wajahnya dan berkata dengan Fasih, "Salam sejahtera untukmu duhai manusia yang memiliki kemuliaan yang menjulang tinggi dan tak tertandingi."

 

Nabi ﷺ kemudian mendudukkan lelaki tersebut diantara beliau dan Abu Bakar radhiyallahu 'anhu.

 

Abu Bakar memandang lelaki tersebut kemudian berkata kepada Rasulullah ﷺ,

"Duhai Rasulullah, mengapa engkau meletakkannya di antara aku dan engkau, sedangkan aku mengetahui bahawa di muka bumi ini tidak ada seseorang yang engkau cintai melebihi diriku?"

 

Rasulullah ﷺ kemudian bersabda,

"Duhai Abu Bakar, Jibril memberitahuku bahawa lelaki ini suka berselawat kepadaku dengan sebuah selawat yang belum pernah dibaca oleh siapapun sebelumnya."

 

Sayyidina Abu Bakar pun lantas berkata,

"Duhai Rasulullah ajarkanlah kepadaku selawat yang ia baca agar aku dapat berselawat kepadamu dengannya."

 

Rasulullah ﷺ kemudian menyebutkan selawat tersebut :

 

اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى  سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد في الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ  وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الْدِّينِ

 

 

Ya Allah, limpahkan rahmat kepada pemimpin kami Nabi Muhammad ﷺ beserta keluarganya sebanyak selawat yang diucapkan orang-orang terdahulu dan kemudian, dan sebanyak ciptaan yang ada di langit sampai hari kiamat.”

 

Abu Bakar kemudian bertanya

"Duhai Rasulullah, apakah balasan yang akan diperoleh seseorang yang membaca selawat ini?"

 

Rasulullah ﷺ menjawab

"Duhai Abu Bakar, engkau telah menanyakan sesuatu yang aku tidak mampu menghitungnya. Seandainya lautan menjadi tinta, pepohonan menjadi pena dan para malaikat menjadi juru tulis. Maka lautan akan kering, pepohonan akan habis sedangkan para malaikat belum selesai mencatat pahala selawat ini".

 

Takhrij

 

HN. Abdurrahman Abdussalam as-Saffuri dalam Nuzahtul Majalis hal. 177, DKI.

 

Tiada asal, kerana tiada sanad.

 

Selawat ini tidak warid dari Nabi saw (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 116776).

 

 

Kitab Nuzahtul Majalis ini adalah antara kitab yang diperingatkan ulama untuk di jauhi (ditinggalkan daripada membacanya). Kerana mengandungi banyak riwayat-riwayat yang palsu (Ithaf Al-Muhibb As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11; Muqadimah Maqasid al-Hasanah hal. 9, DKI).

 

Menurut Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar, as-Sakhawi, Tajudin al-Subki, as-Suyuthi, selawat yang terbaik adalah apa apa selawat yang diajarkan sendiri oleh Nabi saw, seperti selawat ibrahimiyah yang kita sebut dalam tahiyat akhir (Fathul Bari 11/167, Thabaqat al-Syafi'i 1/185-186).

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 116776.

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 144530

 

Ithaf Al-Muhibb As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...