Tuesday 11 July 2023

Hadith dalam tafsir Surah al-A’araf: 184

 وقال قتادة بن دعامة : ذكر لنا أن نبي الله صلى الله عليه وسلم كان على الصفا ، فدعا قريشا فجعل يفخذهم فخذا فخذا : " يا بني فلان ، يا بني فلان " ، فحذرهم بأس الله ووقائع الله ، فقال قائلهم : إن صاحبكم هذا لمجنون . بات يصوت إلى الصباح - أو : حتى أصبح ، فأنزل الله تعالى : ( أولم يتفكروا ما بصاحبهم من جنة إن هو إلا نذير مبين

 

Qatadah ibnu Di'amah telah mengatakan, telah diceritakan kepada kami bahawa Nabi Allah Saw. pada suatu ketika sedang berada di atas Bukit Safa. Lalu baginda menyeru kaum Quraisy, dalam seruannya itu baginda menyebutkan nama-nama pemimpin mereka seorang demi seorang. Baginda mengatakan, "Hai Fulan bin Fulan." Baginda Saw. memperingatkan mereka akan seksa Allah dan hari kiamat. Maka ada salah seorang di antara mereka mengatakan, "Sesungguhnya teman kalian ini benar-benar gila, dia terus berkobar-kobar semalaman hingga pagi hari, atau hingga waktu subuh." Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya:

 

{أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِهِمْ مِنْ جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلا نَذِيرٌ مُبِينٌ}

 

Apakah (mereka lalai) dan tidak memikirkan bahawa teman mereka (Muhammad) tidak berpenyakit gila. Dia (Muhammad itu) tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan. (Al-A'raf: 184)

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 13/15461, Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya 5/8592, Mursal menurut pentahqiq Tafsir Ibnu Katsir 6/467, Islamkotob.




No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...