Tuesday 11 July 2023

Hadith kedudukan mimbar nabi saw dan syafaat beliau

 Matan hadith

 

قال صلى الله عليه وسلم: يكون منبرُ إبراهيم عليه السلام عن يمين العرش، ومنبري عن يسار العرش، فقيل: يا رسولَ الله أنت أفضلُ من إبراهيم، واليمين أفضلُ من اليسار فكيف جُعل إبراهيم عن يمين العرش وأنت عن يساره؟

فقال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: الطريق الى الجنة عن يمين العرش، والطريق إلى النار عن يساره، فأكونُ على طريق النار أنظر مَن يُؤمرُ به من أمتي فأشفعُ له، فبينما أنا على منبري أسمعُ رجلًا من أمتي ينادي: نقصتْ حسناتي وزادتْ سيئاتي، فأقول للملائكة: ردُّوه، فيقولون: نحن ملائكة غلاظ شداد لا نعصي الله ما أمرنا به ونفعل ما نؤمر به، فأنزل مِن على منبري وأسجد بين يدي الله تعالى سجدة واحدة، فيأمر الله سبحانه وتعالى الملائكة يردونه لطاعتي، فأردُّه إلى الميزان، وأخرج له بطاقة قدر الأنملة فيها صلاتُه عليَّ وأطرحُها في الميزان، فتزيد الحسناتُ وتنقص السيئاتُ، فيتعلقُ بي ويقول: مَن أنت الذي خلَّصتني من هذا الأمر العظيم؟ فأقول: أو ما تعرفني؟ أنا نبيُّك وشفيعُك محمد"

 

Terjemahan

 

Rasulullah Saw bersabda, "Ketahuilah bahawa mimbarnya Nabi Ibrahim AS berada disebelah kanan Arasy dan mimbarku disebelah kiri ArasyNya Allah Swt". Maka para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, engkau lebih utama dari Nabi Ibrahim. Kenapa engkau ditempatkan disebelah kiri Arasy, sedangkanNabi Ibrahim disebelah kanannya Arasy?". Rasulullah menjawab, "Jalan ke Syurga berada disebelah kanan Arasy, sedangkan jalan menuju Neraka disebelah kiri Arasy. Aku berada disebelah kiri, supaya aku dapat melihat umatku yang akan dimasukkan ke Neraka dan kemudian aku berikan syafaat kepadanya". Ketika aku berada dimimbarku, aku mendengar jeritan umatku, berteriak-teriak seraya berkata, "Pahalaku sedikit dan dosaku banyak!".Rasulullah Saw berkata kepada Malaikat,"Jangan masukkan dia ke Neraka". Malaikat menjawab, "Aku adalah Malaikat yang melaksanakan apa saja yg diperintahkan Allah Swt kepadaku". Maka Rasulullah turun dari mimbarnya dan sujud sekali dihadapan Allah Swt. Kemudian Allah Swt memerintahkan kepada Malaikat untuk tidak memasukkan orang tersebut ke Neraka kerana sujudku"."Aku perintahkan kepada Malaikat untuk menimbang kembali amalnya serta aku berikan kepadanya pahala selawat atasku yg sedikit pada timbangannya. Maka bertambahlah pahalanya dan berkuranglah dosanya. Kemudian orang itu memegangku erat-erat sambil berkata, "Siapakah engkau yang telah menolongku dari siksa yang dahsyat?". Maka Rasulullah Saw bertanya, "Apakah engkau tidak mengenalku? Ketahuilah bahawa aku ini Nabimu dan penolongmu.

 

Takhrij

 

Hadith ditemukan dalam kitab al-Majmu’ah al-Mubarakah fi Salawat al-Ma’surat wal A’amal Mabrurah karya Abduh Muhammad Baba hal. 34-35, tidak sahih menurut Majles al-Alukah pos no. 147200. Dan kitab ini telah diperingatkan oleh para ulama antaranya Ibn Baz dan Syeikhul Azhar Muhammad Rashid Ridha supaya dijauhi daripada membacanya, kerana mengandungi hadith-hadith palsu yang didustakan ke atas nama Nabi saw (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 158113).

 

Sebahagian matannya di akhir hadith tersebut pula merupakan hikayat nukilan Syekh Ustman Al-Khubawy dalam Durratun Nasihin hal. 196 cetakan Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut Lubnan. Ulasan pentahqiq: tiada asal dalam kitab hadith muktabar sunnah. Ia cumalah sebuah kisah/hikayat.

 

 

Matan hadith

 

إذا كان يوم القيامة نصب لابراهيم منبر امام العرش ونصب لي منبر أمام العرش ونصب لابي بكر كرسى فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل وحبيب.

 

Terjemahan

 

Pada hari kiamat kelak, sebuah mimbar akan didirikan di hadapan ‘Arasy untuk Nabi Ibrahim, sebuah lagi untukku di hadapan ‘Arasy, dan sebuah kerusi diletakkan untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut, kemudian ada satu suara menyeru: Wahai al-Siddiq, yang berada antara al-Khalil dan al-Habib (kekasih).

 

Takhrij

 

HR. al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 5/152, daripada Muadz bin Jabal ra.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih dalam Mauduatnya 2/60

 

Az-Zahabi menilai hadith ini batil dalam Tartib al-Maudhuat no. 87

 

Hadith palsu menurut syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6925 dan disokong oleh syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah Hadith Dhaifah wa Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 8614.

 

Selain hadith di atas terdapat beberapa versi lain yang menunjukkan jalan cerita yang sama, antaranya keberadaan watak Nabi Adam as (Husnundzan Billah Ibnu Abi Duniya; Durratun Nasihin hal. 196; Qaulul Badi hal. 263-264, watak Ali ra (Maudhuat Ibnu Jauzi 1/396-397; al-Awsath at-Thabarani 4/171; al-Awsath at-Thabarani 4/171; Al-Riyadh Al-Nadhra fi Manaqib Al-Ashra Muhibuddin at-Thabari 3/185).

 

Kesimpulannya kesemua hadith-hadith menceritakan kedudukan mimbar Nabi Ibrahim dan Nabi saw ini jelas tidak sahih, tidak pula boleh menyokong antara satu sama lain.

 

Rujukan

 

https://www.alukah.net/sharia/0/147200/%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB-%22%D9%8A%D9%83%D9%88%D9%86-%D9%85%D9%86%D8%A8%D8%B1-%D8%A5%D8%A8%D8%B1%D8%A7%D9%87%D9%8A%D9%85-%D8%B9%D9%86-%D9%8A%D9%85%D9%8A%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1%D8%B4%22/

 

http://www.fatawa.com/view/31371

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 158113

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...