Tuesday 11 July 2023

Hadith kelebihan solat ba’diyah isyak setara malam lailatul qadar

  

 

Hadith

 

1.

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ، وَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَبْلَ أَنْ يَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِدِ، كَانَ كَعِدْلِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Sesiapa yang solat isyak berjemaah dan solat empat rakaat sebelum dia keluar daripada masjid, seolah-olah dia mendirikannya pada malam al-Qadr (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 13800, Mu’jam al-Awsath no. 5239, daripada Ibnu Umar ra, sanadnya dhaif menurut at-Thabarani dan  al-Iraqi Tarhul Tathrib fi Syarah al-Taqrib 4/162).

 

 

2.

مَنْ صَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ خَلْفَ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ قَرَأَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَفِي الْأُخْرَيَيْنِ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَالم تَنْزِيلُ كُتِبْنَ لَهُ كَأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Sesiapa yang solat empat rakaat selepas Isyak terakhir, dia membaca pada dua rakaat pertama Qul Ya Ayyuhal Kafirun dan Qul Huwa Allah Ahad dan dua rakaat terakhir dia membaca Tabarakalladhi biyadihi al-Mulk dan Alif Laam Mim Tanzil, maka dicatatkan untuk mereka seperti mendirikan empat rakaat daripada malam al-Qadr (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 11/347, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 2/671 daripada Ibnu Abbas ra, sanadnya dhaif menurut al-Baihaqi kerana tafarrud perawi bernama Ibnu Farrukh; dan terdapat perawi yang disepakati kelemahannya iaitu Abu Farwah, Ibnu Main mengatakan hadithnya tiada nilai, an-Nasaie menilainya matruk dan Ibnu adi mengatakan kebanyakan hadith Abu Farwah tidak sahih (Tahdzibut Tahdzib 11/3360).

 

3.

 

أَرْبَعٌ قَبْلَ الظُّهْرِ كَعِدْلِهِنَّ بَعْدَ الْعِشَاءِ، وَأَرْبَعٌ بَعْدَ الْعِشَاءِ كَعِدْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Empat rakaat sebelum zohor seperti mendirikan solat empat rakaat selepas Isyak dan empat rakaat selepas Isyak seperti mendirikan empat rakaat pada malam al-Qadr (HR. at-Thabarani dalam  Mu’jam al-Awsath 3/141 no .2733 daripada Anas bin Malik ra, sanadnya lemah menurut at-Thabarani, sanadnya lemah sekali sebenarnya kerana keberadaan perawi bernama Yahya bin ʻUqbah bin Abi al-ʻAizar. Beliau merupakan perawi yang sering memalsukan hadith (Lisanul Mizan 6/270). Abu Hatim mengatakan Yahya bin ʻUqbah bin Abi al-Aizar sebagai seorang pemalsu hadith (Diwan al-Dhuafa’ wal Matrukin hal. 437). Al-Bukhari berpandangan bahawa haditg-hadithnya adalah munkar (Tarikhul Kabir 8/297).  Kemudian, Yahya bin Maʻin menyebutkan beliau tidak thiqah dan seorang pendusta (Tarikhul Baghdad 16/170)).

 

4.

مَنْ صَلَّى قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ كَأَنَّمَا تَهَجَّدَ بِهِنَّ مِنْ لَيْلَتِهِ، وَمَنْ صَلَّاهُنَّ بَعْدَ الْعِشَاءِ كُنَّ كَمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَإِذَا لَقِيَ الْمُسْلِمُ الْمُسْلِمَ فَأَخَذَ بِيَدِهِ، وَهُمَا صَادِقَانِ، لَمْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُمَا

 

Sesiapa yang solat sebelum zohor empat rakaat seolah-olah dia bertahajud pada malamnya dan sesiapa yang solat empat rakaat selepas isyak seumpama dia mendirikannya pada malam al-Qadr. Apabila bertemu seorang muslim dengan muslim yang lain lalu keduanya bersalaman dan keduanya bersahabat tidak akan berpisah kedua mereka sehingga diampunkan bagi keduanya (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 6332 daripada Bara’ bin ‘Azib ra, sanadnya parah menurut al-Dimyathi dalam al-Mutajir Rabih no. 66).

 

5.

 

أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْحَابَهُ أَنْ يَقْرَءُوا الم السَّجْدَةَ، وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ فَإِنَّهُمَا تَعْدِلُ كُلُّ آيَةٍ مِنْهُمَا سَبْعِينَ آيَةً مِنْ غَيْرِهِمَا، وَمَنْ قَرَأَهُمَا بَعْدَ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ كَانَتَا لَهُ مِثْلُهُمَا فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Nabi SAW memerintahkan para sahabatnya untuk membaca alif lam mim al-Sajdah dan Tabarak alladhi biyadihi al-Mulk, sesungguhnya kedua-dua ayat itu jika dibaca seperti membaca keseluruhan ayat daripada kedua surah tersebut serta tujuh puluh ayat daripada surah yang lain. Sesiapa yang membaca kedua-dua ayat tersebut selepas solat isyak seolah-olah seperti melakukannya pada malam al-Qadr (HR. Abdurrazzaq dalam Musannafnya no. 6035, Yahya bin Abi Kathir meriwayatkan hadith ini secara mursal, beliau tsiqah tetapi terkenal dengan mudallil, maka hadith ini dhaif (Tahdzibut Kamal 31/509)).

 

Selain itu, terdapat juga beberapa athar dalam kalangan sahabat dan tabiʻin yang menyerupai makna hadith ini. Walaupun begitu, kesemuanya diriwayatkan secara mauquf dengan sanad yang sahih iaitu daripada Abdullah bin Mas’ud ra (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7275, sanadnya hasan):

 

Atsar

 

من صلى أربعا بعد العشاء لا يفصل بينهن بتسليم، عدلن بمثلهن من ليلة القدر

 

Sesiapa yang solat empat rakaat selepas Isyak tidak dipisahkan di antaranya dengan salam, seolah-olah mereka melakukannya di malam al-Qadr (HR. Ibnu Abi Syaibah no. 7275 daripada Ibnu Mas’ud ra, mauquf).

 

 

Juga dari Aisyah ra (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7274, sanadnya hasan), Abdullah bin Amru ra (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7273, sanadnya sahih), Kaʻab bin Matiʻ (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7276, sanadnya hasan), Maisarah dan Zazan (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 5969), Abd al-Rahman bin al-Aswad (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7279) dan Imran bin Khalid al-Khuza’I (Hilyatul Auliya 4/6-7).

 

Dalam isu ini al-Albani pula berpandangan bahawa sanad yang diriwayatkan secara mauquf berkenaan hadith ini dihukumkan marfuʻ dan sanad daripada mereka kesemuanya adalah sahih dan mengisyaratkan kesunnahan solat sunnah ini (Silsilah Hadith Dhaif 11/103).

 

 

Kesimpulan

 

Hadith-hadith  yang meriwayatkan fadhilat berkenaan solat empat rakaat selepas isyak seolah-olah mendirikan solat empat rakaat pada malam al-Qadr kesemua hadithnya adalah dhaif jiddan. Maka tidak dapat dinaik taraf untuk dijadikan sokongan antara satu sama lain (Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan no. 216).

 

Ibnu Baaz rahimahullah berkata:

 

الراتبة ركعتان، وإن صلى أربع ركعات فلا بأس، فقد جاء في الحديث: " أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصلي أربعاً قبل أن ينام " وإذا فعلها الإنسان فلا بأس، وإن اقتصر على ركعتين فهي الراتبة، والراتبة التي كان يحافظ عليها: بعد العشاء ركعتان، ثم ينام، ويقوم في آخر الليل يتهجد عليه الصلاة والسلام

Solat sunnah rawatib setelah isyak adalah dua rakaat. Apabila ia solat empat rakaat, maka tidak mengapa, kerana terdapat dalam hadith : ‘Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah sholat empat rakaaat sebelum beliau tidur’ (HR. Bukhari no. 117). Apabila seseorang melakukannya, maka tidak mengapa. Dan apabila ia meringkasnya dua rakaaat, maka itulah solat sunnah rawatib. Solat sunnah rawatib yang sentiasa dijaga oleh beliau adalah : dua rakaaat setelah isyak, kemudian tidur. Setelah itu bangun di akhir malam untuk melakukan solat tahajjud. Semoga selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada beliau” [Majalah Al-Buhuuts Al-Islaamiyyah 46/197].

 

Rujukan

 

Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan no. 216

 

http://abul-jauzaa.blogspot.com/2014/04/shalat-sunnah-4-rakaat-setelah-isyaa.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...