Tuesday 11 July 2023

Hadith menghidupkan malam tarwiyah

  

1.

 

 مَنْ أَحْيَا الليَالِيْ الخَمْس ؛ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّة: لَيْلَةَ التَّرْوِيَةِ، وَلَيْلَةَ عَرَفَةَ، وَلَيْلَةَ النَّحْرِ، وَلَيْلَةَ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

 

Barangsiapa yang menghidupkan lima malam maka dia akan masuk syurga, iaitu: malam tarwiyah (9 Zulhijjah), malam ‘Arafah, malam aidiladha, malam aidilfitri dan malam pertengahan di bulan Syaaban

 

Takhrij

 

 HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 43/93, al-Asbahani dalam al-Qawam as-Sunnah, daripada Muadz bin Jabal ra seperti disebutkan dalam al-Targhib wa al-Tarhib al-Mundziri 2/158 dan beliau menilainya dhaif, al-Dimyathi menilai sanadnya parah dalam al-Mutjir Rabih no. 138, palsu menurut syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 667

 

2.

 

 من أحيا الليالي الأربع وجبت له الجنة ليلة التروية وليلة عرفة وليلة النحر وليلة الفطر

 

Barangsiapa menyemarakkan malam yang empat, maka dia berhak masuk syurga: malam tarwiyah, malam wuquf di Arafah. malam penyembelihan korban dan malam hari raya aidil Fitri

 

Takhrij

 

HR. Nashr aI-Maqdisi dalam bahagian kitab al-Amah` 2/186, dengan sanad dari Suwaid bin Said, dari Abdur Rahim bin Zaid al-Ammi, dari bapanya, dari Wahab bin Munabbah, dari Mu'adz bin Jabal r.a.

 

Sanad riwayat ini palsu. Telah diutarakan oleh as-Suyuthi dalam kitab al-Jami' as-Saghir, kemudian pensyarahnya (al-Manawi) menyatakan, ”Hadith ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Takhrij al-Adzkar sebagai hadith gharib (asing).

 

Sedangkan Abdur Rahim bin Zaid ditinggalkan riwayatnya, dengan kata lain tidak diterima oleh jumhur ulama ahli hadith. Bahkan Ibnul Jauzi dengan menukil pernyataan Yahya bin Main mengatakan bahawa Abdur Rahim adalah pendusta (Silsilah Hadith Dhaif no. 522)a

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...