Wednesday 2 August 2023

Hadith anjuran belajar ilmu faraid dan mengajarkannya

 Matan hadith

 

 

تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ ، تعلَّموا القرآنَ وعلِّموه الناسَ؛ فإِنَّي امرؤٌ مقبوضٌ ، والعلمُ سينقبِضُ ، وتظهرُ الفتنُ ، حتى يختلِفَ اثنانِ في فَريضَةٍ ،لايجدانِ أحدًا يَفْصِلُ بيينَهما

 

Terjemahan

 

Pelajarilah faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia, pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia, Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua-duanya

 

Takhrij

 

HR. at-Thayalisi dalam Musnadnya no. 403, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 6306, ad-Darimi no. 227, ad-Daruquthni 4/81, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1668, daripada Ibnu Mas’ud ra.

 

Ibnu Mulaqqin mendhaifkan hadith ini dalam al-Badrul Munir 7/186 kerana terdapa perawi yang majhul ain dan hal.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 4/226 berkata dalam nya terdapat perawi yang tak dikenali

 

Syeikh al-Albani menilai sanad hadith ini dhaif jiddan dalam Takhrij Misykatul Mashabih no. 268.

 

Sanadnya cacat menurut pentahqiq Sunan ad-Darimi

 

Ada lagi satu hadith hampir semakna sebahagiannya matannya, iaitu dari Abu Hurairah ra:

 

تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ فإنه نصفُ العلمِ وهو يُنسَى وهو أولُ ما يُنتَزَعُ من أمتي

 

Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku  (HR. Ibnu Majah no. 2719, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/293, ad-Daruquthni no. 4059, al-Hakim no. 7948, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 12175,  at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 5293)

 

Hadith ini dilemahkan oleh Ibnu Hibban kerana terdapat perawi yang hadithnya tidak boleh dijadikan hujah dalam apa keadaan sekalipun sama ada sebagai mutabaʻah(sokongan) atau seumpamanya, iaitu Hafs bin Umar bin Abu al-‘Atthaf.

 

Hafs bin Umar bin Abu al-‘Atthaf dikritik Imam Bukhari dan Abu Hatim ar-Razi sebagai munkarul hadith (Tahdzibul Kamal 7/39), Ibn Hajar al-Asqalani pula mengkritiknya sebagai perawi yang matruk (Talkhisul Habir 3/172)

 

Ibnu Adi mendhaifkan hadith dalam al-Kamil fi Dhu’afa’ 3/276

 

Al-Uqaili dalam Dhuafa al-Kabir 1/271 berkata bahawa hadith ini tidak mempunyai sokongan daripada mana-mana hadith lain.

 

Juga dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Ibnu Majah

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...