Wednesday 2 August 2023

Melihat wajah wali dan auliya adalah asbab kepada hidayah Allah?

 Petikan yang tular

 

وقبل قبل لقاء الإخوان لقاح

ولا شك أن البواطن تتلقح ويتقوى البعض بالبعض بل بمجرد النظر إلى أهل الصلاح يؤثر صلاحا، والنظر فى الصور يؤثر اخلاقا مناسبة لخلق

المنظور إليه، كدوام النظر إلى المخزون يحزن، ودوام النظر إلى المسرور يسر.

 

Asy-syaikh Al-Imam As-Sahruwardi di dalam kitabnya 'Awariful Ma'aarif 1/394:

 

Memandang kepada orang soleh (dengan disertai kehadiran hati) maka akan membekas kesolehan orang soleh tersebut terhadap yang memandang. Dan memandang gambar-gambar atau foto-foto itu akan membekaskan akhlak dari akhlaknya sosok yang ia pandang dalam gambar/foto tersebut.

 

(Maka jika sering memandang kepada foto-foto awliya Allah ta'ala, foto para wali quthub, maka cahaya mereka akan membekas terhadap orang yang memandangnya, meskipun hanya foto kuburnya, kerana tanah kuburnya terhubung dengan jasadnya, dan jasadnya terhubung dengan ruhnya, dan ruhnya berada dihadapan Allah ta'ala). (Dan sebaliknya, memandang kepada gambar/foto orang-orang yang dibenci oleh Allah ta'ala, maka akan membekas api keburukannya terhadap yang memandangnya).  (Kesimpulannya, bahawa foto atau apapun atsar mereka para awliya Allah ta'ala adalah termasuk hidayah Allah ta'ala)

 

Penjelasan

 

Mana dalilnya? Ini adalah kenyataan yang terlalu memaksakan sehingga mengatakan memandang wajah auliya termasuk HIDAYAH ALLAH...

 

hidayah Allah adalah bab perkara ghaib, kesepakatan ahli sunnah wal jamaah, hal ghaib perlu dalil yang sahih.

 

Satu lagi disiplin perlu ditanam dalam jiwa orang awam dan santri mahupun asatizah:

 

ucapan semua orang boleh jadi benar dan boleh jadi salah, KECUALI ucapan Nabi saw.

 

Maka, mana-mana ucapan yang bertentangan dengan kalam Allah dan RasulNya maka hendaklah ditolak.

 

Sangat besar dakwaan melihat foto wali ailiya ini membekaskan akhlak dan hidayah..cuba perhatikan?

 

Bagaimanapula kalau kita memandang mereka yang didakwa "wali' itu merokok, apakah kita perlu mencontohi mereka dan merokok, sedangkan merokok itu hukumnya haram* secara amnya berdasarkan bukti empiris terkni akan kemudharatannya lebih besar ketimbang kebaikannya.

 

Bagaimana pula kalau kita memandang mereka yang didakwa 'wali' yang betelanjang, kalau kita lihat dia maka kita harus berpakaian seperti dia? bukankah aurat di sisi mazhab syafi'i itu antara pusat dan lutut bagi lelaki dan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi wanita?

 

Bagaimanapula kalau kita memandang mereka yang didakwa 'wali' yang telah hilang akalnya, apakah kita harus menjadi gila juga?

 

Bagaimanapula kalau kita memandang mereka yang didakwa ‘wali’ itu terkenal dengan pelanggarannya terhadap sunnah dan menghidupkan bidaah? Apakah kita juga harus meninggalkan sunnah dan menghidupkan bidaah?

 

Panutan kita yang sebenarnya adalah kebenaran, yang apa adanya pada alquran dan sunnah yg dipahami sesuai dengan paham para sahabat

 

BUKAN pada individu tertentu secara ta'shub sehingga kesalahan mereka pun kita contohi

 

*Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa tentang rokok dalam sidang pleno Ijtima Ulama Komisi Fatwa MUI se-Indonesia III di aula Perguruan Diniyyah Puteri, Kota Padang Panjang, Sumatra Barat, pada Ahad (25/1/2009) silam. Ijtima tersebut dihadiri sedikitnya sekitar 700 ulama se-Indonesia.

 

Terdapat beberapa hadith juga yang digunakan mereka untuk berhujah akan perkara di atas, antaranya:

 

 

من نظر إلى وجه العالم نظرة ففرح بها خلق الله تعالى من تلك النظرة ملكا يستغفر له إلى يوم القيامة

 

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa memandang wajah orang ‘alim dengan pandangan yang menyenangkan maka Allah akan menciptakan malaikat dari pandangan tersebut yang akan memohonkan ampunan kepada orang tersebut di hari kiamat (HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 49/366, daripada Abu Said al-Khudri ra)

 

Hadith ini dhaif kerana terdapat perawi-perawi di dalam sanad tersebut majhul (Fatwa Soaljawab Islam no. 246216).

 

Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, bahawasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw:

 

قال رجلٌ يا رسولَ اللهِ مَن أولياءُ اللهِ قال الذين إذا رُؤُوا ذُكِرَ اللهُ

 

Wahai Rasulullah, siapakah mereka para wali Allah? Maka beliau saw bersabda: mereka adalah kaum yang ketika dipandang wajah mereka, maka akan langsung mengingatkan kepada Allah swt (dengan pandangan tersebut)(HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 2/271 daripada Said bin Jubair ra, juga dari Ibnu Abbas ra)

 

Hadith ini dhaif. Abu Nua’im menilai hadith ini gharib dalam Hilyatul Auliya’. Manakala sanad Ibnu Abbas mursal, dan terdapat perawi yang tidak dikenali iaitu Ali bin Harb al-Razi menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/81 (Silsilah Hadith Dhaif no. 1733).

 

Dan

 

Daripada Ibnu  Mas'ud R.A, Rasulullah saw bersabda :

 

 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، نا هَارُونُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، نا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، أنا سُفْيَانُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ: «§إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ ذِكْرِ اللَّهِ، إِذَا رُؤُوا ذُكِرَ اللَّهُ

 

Sesungguhnya ada daripada golongan manusia yang dijadikan oleh Allah swt sebagai kunci (pembuka) untuk berzikir kepada Allah swt (dengan zikir yang penuh khusyuk dan rasa takut pada Allah swt), jika wajah mereka di pandang maka akan mengingatkan kepada Allah swt (HR. Ibnu Abi Duniya dalam al-Auliya’ no. 26,at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 10476, daripada Ibnu Mas’ud ra)

 

Hadith ini dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2409

 

Rujukan

 

https://hadithanswers.com/who-are-the-friends-of-allah/

 

http://alkulify.blogspot.com/2013/10/blog-post_6621.htmla

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...