Monday, 11 September 2023

Hadith doa memohon diri agar bersyukur dan sabar

 

Matan doa

 

اللهمّ اجْعَلْنِي شَكُوراً ، وَاجْعَلْنِي صَبُوراً ، وَاجْعَلْنِي فِي عَيْنِي صَغِيراً ، وَفِي أَعْيُنِ النَّاسِ كَبِيراً

 

 

Terjemahan

 

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang pandai bersyukur kepadaMu, sabar menerima cubaan-Mu. Ya Allah, jadikanlah aku kecil dalam pandanganku sendiri, tetapi besar dalam pandangan orang lain

 

Takhrij

 

HR. Al-Bazzar dalam Musnadnya no. 4439, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 1926, dari Buraidah ra.

 

Terdapat perawi dhaif yang bernama Uqbah bin Abdullah al-Asim, dan hadithnya hasan menurut al-Bazzar (Majma Zawaid 10/181).

 

Munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 911

 

Dan doa ini boleh saja diamalkan kerana maknanya baik dan tidak bercangga dengan syariat (Al Hisnul Hasin hal. 167).

 

Rujukan

 

https://hadithanswers.com/a-dua-asking-allah-taala-for-patience-and-to-be-grateful/

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...