Matan hadith
قال العباس بن عبد المطلب: أحدقتُ النظر بالنبي صلى الله
عليه وسلم، فقال: يا عم هل من حاجة؟ قلتُ: نعم؛ لما أرضعتْك حليمةُ وأنت ابن أربعينَ
يومًا رأيتُك تخاطب القمرَ ويخاطبك بلغةٍ لم أفهمها؟ قال: يا عم قرصني القِماطُ في
جانبي الأيمنِ فأردتُ أن أبكيَ، فقال القمرُ: لا تبكِ، فلو قطر مِن دموعِك قطرةٌ على
الأرضين قَلَب اللهُ الخضراء على الغبراءِ فصفَّقَ العبَّاسُ...
Terjemahan
Al-Abbas bin Abdul-Muttalib
berkata: Ketika saya menatap Nabi, saw, dan beliau berkata: Wahai pakcik ku,
apakah ada hajatmu? Aku menjawab ya, ketika Halimah menyusuimu saat engkau
berusia empat puluh hari, aku melihatmu memanggil bulan dan menyapamu dengan
bahasa yang tidakku mengerti. Dia berkata: Wahai pakcik ku, kain bedongku itu
ketat di sisi kananku, sehingga aku ingin menangis, demikianlah kata bulan:
Jangan menangis, kerana jika setitis air matamu jatuh ke bumi, Allah akan
mengubahnya menjadi hijau di atas tanah tersebut, maka Al-Abbas bertepuk
tangan.....
Takhrij
HN. as-Shufuri dalam Nuzahtul
Majalis 2/84, tanpa sanad.
Juga dinukilkan oleh as-Suyuthi
dalam al-Hawi al-Fatawi 2/40-41 juga tanpa sanad.
Ibnu Hajar al-Haitami dalam
Fatawa Haditsiyyah hal. 124, berkata hadith ini palsu, dan pendustaan ke atas
Nabi saw.
Bagitu juga dalam Fatwa Syabakah
Islamiyah no. 420217, yang mengatakan hadith ini tiada asal, tidak ditemukan
dalam kitab-kitab muktabar sunnah.
Dr. Ali Ahmad Abdulbaqi dalam Alukah.net
no. 161959, menukilkan penilaian Ibnu Jauzi yang mengatakan hadith ini palsu.
Dr. Sadiq Al-Baydani dalam laman
fatwanya pada soalan no. 212 menilai hadith ini juga palsu dan tiada asal,
dinukilkan oleh as-Syufuri seorang "hatibul lail" dalam ilmu hadith,
dan seperti biasa dia menyebutkan hadith palsu dan kisah dongeng yang tidak
memiliki dasar
Rujukan
http://albidhanimga.com/post.php?post=592
https://shorturl.at/qszBH
No comments:
Post a Comment