Friday 15 September 2023

Hadith roh pulang ke rumah meminta doa dan sedekah di malam jumaat

 

Matan hadith

 

عن ابن عباس رضي الله عنهما اذا كان يوم العيد ويوم العشر ويوم ويوم الجمعة الأولى  من شهر رجب وليلة النصف من شعبان  وليلة الجمعة يخرج الأموات من قبورهم ويقفون على أبواب بيوتهم ويقولون ترحموا علينا فى هذه الليلة بصدقة ولو بلقمة من خبز فإنامحتاجون إليها فإن لم يجدوا شيأ يرجعون بالحسرة

 

Terjemahan

 

Dari ibnu Abbas Ra: Jika tiba hari raya aidil fitri, hari asyura, malam jumaat pertama di bulan Rejab, malam nisfu Syaaban, dan setiap malam jumaat. Maka orang-orang yang telah meninggal (roh) keluar dari kuburnya.  Mereka mendatangi rumahnya dan berdiri di depan pintu rumahnya seraya berkata: Belas kasihanilah kami di malam ini dengan memberikan sedekah walaupun dengan sepotong roti, sungguh kami sangat memerlukan itu. Ketika mereka tidak mendapatkan itu, maka mereka kembali ke kuburnya dengan penuh kesedihan.

 

Takhrij

HN. Syekh Abdurrahman bin Ahmad al-Qadhi dalam Daqaiqu al-Akbar. hal 14 DKI.Tanpa sanad

 

Hadith/atsar tersebut batil, rekaan (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 8268)

 

Kitab Daqaiq al-Akhbar ini diperingatkan ulama (Abu Ubaydah Mashur ibn Hasan) untuk dijauhkan daripada dijadikan sumber bacaan atau rujukan kerana kitab ini majoritinya mengandungi hadith-hadith tidak sahih lagi palsu  (Qutub Hassar Minha al-Ulamah  2/2007-208).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...