Monday 11 September 2023

Kisah Sahabat Amr bin Tsabit masuk syurga tanpa solat

 

 

Matan kisah

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  أَنَّهُ كَانَ يَقُوْلُ: حَدِّثُوْنِي عَنْ رَجُلٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَلَمْ يُصَلِّ صَلاَةً قَطُّ، فَإِذَا لَمْ يَعْرِفْهُ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَهُ مَنْ هُوَ؟ فَيَقُوْلُ: هُوَ أُصَيْرِمٌ بَنِي عَبْدِ الْأَشْهَلِ: عَمْرُو بْنُ ثَابِتٍ بْنِ أُقَيْشٍ، قَالَ الْحُصَيْنُ: فَقُلْتُ لِمَحْمُوْدٍ يَعْنِي ابْنَ لَبِيْدٍ: كَيْفَ كَانَ شَأْنُ الْأُصَيْرِمِ؟ قَالَ: كَانَ يَأْبَى الْإِسْلاَمَ عَلَى قَوْمِهِ، فَلَمَّا كَانَ يَوْمَ أُحُدٍ وَخَرَجَ رَسُوْلُ اللهِ ﷺ بَدَا لَهُ الْإِسْلاَمُ فَأَسْلَمَ، ثُمَّ أَخَذَ سَيْفَهُ حَتَّى أَتَى الْقَوْمَ، فَدَخَلَ فِي عَرْضِ النَّاسِ، فَقَاتَلَ حَتَّى أَثْبَتَتْهُ الْجِرَاحَةُ، فَبَيْنَمَا رِجَالٌ مِنْ عَبْدِ الْأَشْهَلِ يَلْتَمِسُوْنَ قَتْلاَهُمْ فِي الْمَعْرَكَةِ إِذَا هُمْ بِهِ، فَقَالُوا: إِنَّ هَذَا الْأُصَيْرِمُ، فَمَا جَاءَ بِهِ؟ لَقَدْ تَرَكْنَاهُ وَإِنَّهُ لَمُنْكِرٌ لِهَذَا الْأَمْرِ، فَسَأَلُوْهُ مَا جَاءَ بِهِ؟ فَقَالُوا لَهُ: مَا جَاءَ بِكَ يَا عَمْرُو؟ أَحَدَبًا عَلَى قَوْمِكَ أَمْ رَغْبَةً فِي الْإِسْلاَمِ؟ فَقَالَ: بَلْ رَغْبَةً فِي الْإِسْلاَمِ، فَآمَنْتُ بِاللَّهِ وَرَسُوْلِهِ، فَأَسْلَمْتُ، وَأَخَذْتُ سَيْفِي، وَقاَتَلْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ حَتَّى أَصَابَنِي مَا أَصَابَنِي، ثُمَّ لَمْ يَلْبَثْ أَنْ مَاتَ فِي أَيْدِيْهِمْ. فَذَكَرَهُ لِرَسُوْلِ اللهِ ﷺ فَقَالَ: إِنَّهُ لَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

 

Terjemahan

 

 

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya ia berkata: “Ceritakan kepadaku tentang seseorang yang masuk syurga tetapi tidak pernah solat sekalipun!” Ketika orang-orang tidak mengetahuinya, mereka balik bertanya: “Siapa dia?” Abu Hurairah menjawab: “Ushairim dari bani ‘Abdil-Asyhal yakni ‘Amr ibn Tsabit ibn Uqaisy.” Al-Hushain bertanya kepada Mahmud ibn Labid: “Bagaimana kisah Ushairim itu?” Mahmud menjelaskan: “Ia menolak masuk Islam di hadapan kaumnya. Tetapi ketika terjadi perang Uhud dan Rasulullah saw pun sudah berangkat, ia mantap memilih Islam dan lantas masuk Islam. Kemudian ia mengambil pedangnya dan datang menyusul pasukan. Ia lalu masuk ke tengah-tengah pasukan dan berperang hingga terluka parah. Ketika beberapa orang dari Bani ‘Abdil-Asyhal mencari syuhada yang gugur dari kaum mereka di medan perang, tiba-tiba mereka menemukan ‘Amr. Kata mereka: “Ini kan Ushairim. Apa yang membawanya ke sini? Sungguh kita meninggalkannya kerana ia mengingkari peperangan ini.” Mereka pun bertanya: “Apa yang mendorongmu datang hai ‘Amr? Apakah kerana sebatas sayang kepada kaummu ataukah ingin membela Islam?” Ia menjawab: “Justeru ingin membela Islam. Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan aku sudah masuk Islam. Aku ambil pedangku dan berperang bersama Rasul saw sampai aku terluka seperti ini.” Tidak lama kemudian ia menghembuskan nafas terakhir pada saat itu juga di hadapan mereka. Lalu ia dilaporkan kepada Rasulullah saw dan beliau bersabda: “Ia termasuk ahli syurga.”

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Ishaq seperti mana  disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 6/25 dan al-Ishabah 4/501 dan beliau menilai sanad Ibn Ishaq ini hasan.

 

Dalam Sunan Abu Daud no. 2537, kisah ‘Amr ibn Tsabit ini diceritakan sebagai berikut:

 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ عَمْرَو بْنَ أُقَيْشٍ كَانَ لَهُ رِبًا فِى الْجَاهِلِيَّةِ فَكَرِهَ أَنْ يُسْلِمَ حَتَّى يَأْخُذَهُ فَجَاءَ يَوْمَ أُحُدٍ. فَقَالَ : أَيْنَ بَنُو عَمِّى قَالُوا : بِأُحُدٍ. قَالَ : أَيْنَ فُلاَنٌ قَالُوا : بِأُحُدٍ. قَالَ : أَيْنَ فُلاَنٌ قَالُوا : بِأُحُدٍ. فَلَبِسَ لأْمَتَهُ وَرَكِبَ فَرَسَهُ ثُمَّ تَوَجَّهَ قِبَلَهُمْ فَلَمَّا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ قَالُوا : إِلَيْكَ عَنَّا يَا عَمْرُو. قَالَ : إِنِّى قَدْ آمَنْتُ. فَقَاتَلَ حَتَّى جُرِحَ فَحُمِلَ إِلَى أَهْلِهِ جَرِيحًا فَجَاءَهُ سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ فَقَالَ لأُخْتِهِ : سَلِيهِ حَمِيَّةً لِقَوْمِكَ أَوْ غَضَبًا لَهُمْ أَمْ غَضَبًا لِلَّهِ فَقَالَ : بَلْ غَضَبًا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ فَمَاتَ. فَدَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَا صَلَّى لِلَّهِ صَلاَةً

 

Dari Abu Hurairah, bahwasanya ‘Amr ibn Tsabit memiliki riba (tagihan) di masa jahiliyyah. Ia enggan masuk Islam sehingga ia mengambil tagihannya. Ia datang pada saat perang Uhud dan bertanya: “Pada ke mana anak-anak saudaraku?” Mereka menjawab: “Ke Uhud.” Ia bertanya juga: “Di mana si Fulan?” Mereka menjawab: “Di Uhud.” Ia bertanya lagi: “Di mana si Fulan?” Mereka menjawab: “Di Uhud.” Ia lalu memakai pakaian perangnya dan menaiki kudanya kemudian pergi ke arah Uhud. Ketika kaum muslimin melihatnya mereka berkata: “Menjauhlah kamu dari kami.” ‘Amr menjawab: “Aku sudah beriman.” Ia lalu berperang sampai terluka. Kemudian ia dibawa kepada keluarganya dalam keadaan terluka. Sa’ad ibn Mu’adz menjenguknya dan berkata kepada saudara perempuannya: “Tanyakan kepadanya apakah (ia berperang) kerana membela kaumnya, atau marah kerana kaumnya, atau marah kerana Allah?” ‘Amr menjawab: “Justeru dilatari marah kerana Allah dan RasulNya.” Ia kemudian meninggal dunia dan masuk syurga padahal ia tidak pernah solat sekalipun (Hadith hasan menurut Syeikh al-Albani)

 

Rujukan

 

https://attaubah-institute.com/amr-masuk-surga-meski-tidak-pernah-shalat/

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...