Monday, 11 September 2023

Kisah Utsman ra bertemu Nabi saw sebelum wafat secara jaga

 

Matan atsar

 

 

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلاَمٍ قَالَ أَتَيْتُ عُثْمَانَ لأُسَلِّمَ عَلَيْهِ وَهُوَ مَحْصُوْرٌ فَدَخَلْتُ عَلَيْهِ فَقَالَ مَرْحَبًا بِأَخِي رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ اللَّيْلَةَ فِي هَذِهِ الْخَوْخَةِ قَالَ وَخَوْخَةٌ فِي الْبَيْتِ فَقَالَ يَا عُثْمَانُ حَصَرُوْكَ قُلْتَ نَعَمْ قَالَ عَطَشُوْكَ قُلْتَ نَعَمْ فَأَدْلَى دَلْوًا فِيْهِ مَاءٌ فَشَرِبْتُ حَتَّى رَوِيْتُ حَتَّى إِنِّي لاَجِدُ بُرْدَهُ بَيْنَ ثَدْيِي وَبَيْنَ كَتْفِي وَقَالَ لِي: إِنْ شِئْتَ نَصَرْتُ عَلَيْهِمْ وَإِنْ شِئْتَ أَفْطَرْتَ؟ فَاخْتَرْتُ أَنْ أُفْطِرَ عِنْدَهُ " فَقُتِلَ ذَلِكَ الْيَوْمَ

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam: Saya mendatangi Utsman untuk menyelamatkannya saat ia terkepung. Saya masuk ke rumahnya, Utsman berkata: Selamat datang saudaraku. Semalam saya melihat Rasulullah di jendela rumah ini. Rasulullah berkata: Wahai Utsman, apakah mereka mengepungmu? Saya menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Beliau berkata: Apakah mereka membuatmu haus? Saya menjawab: Ya. Kemudian Nabi membawakan timba yang berisi air, saya meminumnya hingga saya merasa segar dan saya rasakan dinginnya air itu di susu dan bahu saya. Nabi berkata: Jika kamu mahu, saya menolongmu dari mereka. Jika kamu ingin berbuka (meninggal), maka berbukalah! Saya memilih berbuka (wafat) bersama Nabi. Kemudian Utsman terbunuh di hari itu”

 

 

Takhrij

 

AR. Ibn Abi Duniya dalam al-Manamat 3/74, Said bib Mansur dalam Sunannya no. 2946, Imam Ahmad dalam Fadhail Sahabah no. 792, al-Harits dalam Musnadnya no  979, Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 39/386, dan dinukilkam oleh Ibnu Katsir dalam Bidayah wa an-Nihayah 7/204.

 

 

Menurut pentahqiq Hussin Ahmad Soleh al-Bakri pada nota kaki kitab Bughyatul Bahits hal. 901 no. 979, atsar ini dhaif, kerana terdapat perawi yang tidak dikenali dan dhaif.

 

Dhaif juga menurut al-Bushiri dalam Ithaf al-Khiyarah no. 6617.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...