Thursday 28 December 2023

Hadith panjang titian sirath

 

 

بلغنا أن الصراط مسيرة خمسة عشر ألف سنة ، خمسة آلاف صعود ، وخمسة آلاف هبوط ، وخمسة آلاف مستو ، أدق من الشعرة ، وأحد من السيف على متن جهنم لا يجوز عليه إلا ضامر مهزول من خشية الله

 

Sampai berita kepada kami bahawa panjang Sirath itu ialah kadar perjalanan 15000 tahun iaitu 5000 tahun perjalanan mendaki, 5000 tahun perjalanan menurun dan 5000 tahun perjalanan mendatar, sedangkan ia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata pedang dibentang di dada neraka. Tidak ada seorang pun berjaya melintasi titian itu kecuali orang yang susah dan lemah serta takut kepada Allah.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu 'Asakir sepertimana disebutkan dalam Fathul Bari 11/395, Fathul Mulhim 2/476 dan; Takhrij Ihya Ulumuddin 6/699; Lawami' al Anwar 2/192, daripada Fudhail b. Iyadh ra.

 

Ibnu Hajar berkata riwayat ini mu'dhal tidak tsabit. Hal yang sama juga disebutkan oleh al-Qastalani dalam Irsyad al-Sari 9/330 dan Lawaih al Anwar 2/215.

 

 

 

Dalam riwayat lain disebutkan,

 

أن طول الصراط مسيرة ثلاث آلاف سنة ، ألف منها صعود ، وألف منها هبوط ، وألف منها استواء

 

Panjangnya adalah 3000 tahun, 1000 tahun mendaki, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun. 

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 33/262, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Hadith munkar (https://dorar.net/h/8b4K7bIF)

 

Palsu menurut Ibnu Arraq al-Kinani berkata dalam Tanzih Syariah 2/395.

 

Tidak tsabit menurut Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Nurun alal Darb 1/269

 

 

Disebutkan juga dalam lain riwayat,

 

أن جبريل في أوله ، وميكائيل في وسطه يسألون الناس عن عمرهم فيما أفنوه ، وعن شبابهم فيما أبلوه ، وعن علمهم ماذا عملوا به

 

Jibril berada di awal titian, dan Mikail di tengah, dan mereka bertanya kepada orang-orang yang melintas tentang kehidupan mereka dan bagaimana mereka menghabiskannya, tentang masa muda mereka, apa yang mereka lakukan, dan tentang ilmu mereka, apa yang mereka lakukan dengannya.

 

Takhrij

 

Disebutkan juga dalam Lawami' al Anwar 2/191.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 235464, 249781

 

https://islamqa.org/hanafi/hadithanswers/119258/how-long-is-the-bridge-sirat-over-jahannam/

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...