Friday 12 January 2024

Hadith kelebihan minum kopi?

 

 

Dalam Tarikh Ibnu Tayyib dikatakan:

 

يا قهوة تذهب هم الفتى # انت لحاوى العلم نعم المراد

شراب اهل الله فيه الشفا # لطالب الحكمة بين العباد

حرمها الله على جاهل # يقول بحرمتها بالعناد

 

“Kopi adalah penghilang kesusahan pemuda, senikmat-nikmatnya keinginan bagi engkau yang sedang mencari Ilmu”.

“Kopi adalah minuman Orang yang dekat pada Allah, didalamnya ada kesembuhan bagi pencari Hikmah diantara Manusia”.

“Kopi diharamkan bagi orang bodoh yang mengatakan keharamannya dengan keras kepala”.

 

Kita juga boleh melihat komentar Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami :

 

ثم اعلم ايها القلب المكروب أن هذه القهوه قد جعلها اهل الصفاء مجلبة للأسرار مذهبة للأكدار

 

Lalu ketahuilah duhai hati yang gelisah bahawa Kopi ini telah dijadikan oleh Ahli Shafwah (Orang-Orang yang bersih hatinya) sebagai pengundang akan datangnya Cahaya dan Rahasia Tuhan, penghapus kesusahan.

 

Suatu ketika As-Sayyid Ahmad bin Ali Bahr al-Qadimi berjumpa dengan Nabi Muhammad ﷺ dalam keadaan terjaga. Ia berkata kepada Nabi ﷺ: “Wahai Rasulullah, aku ingin mendengar Hadits darimu tanpa perantara”. Rasulullah ﷺ kemudian Bersabda: “Aku akan memberimu tiga Hadith yang salah satunya :Selama bau biji Kopi ini masih tercium aromanya di mulut seseorang, maka selama itu pula Malaikat akan Beristighfar (memintakan ampun) untukmu”.

 

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله واصحا به وسلم

 

(dr. hb. tongkat kauman malang jatim)

____________

 

 

Ulasan

 

Ini semua tidak benar sama sekali, berbicara tentang perkara ghaib itu memerlukan dalil dari wahyu bukan ucapan habib, cerita-cerita, hikayat-hikayat, apalagi hanya berupa mimpi-mimpi yang kita tidak ketahui kejelasannya secara ilmiyyah.

 

Disebutkan dalam salah satu fatwa:

 

القهوة لم تكن -قطعًا- على عهد النبي -صلى الله عليه وسلم-، وأنه ليس عنه ولا عن أحد من الصحابة ولا التابعين نص في مدحها أو ذمها؛ فما ذكر من أن الملائكة تستغفر لشاربها كلام باطل مقطوع ببطلانه ونكارته، وكذا ما يذكر من أن من يكره شربها ممسوس فهو من الأقوال المنكرة الباطلة، التي لا أصل لها، وكم من الفضلاء ممن يكرهون شرب القهوة، وكم منهم من يتعاطاها، والخلاصة: أنها من الشراب المباح الذي لا يمدح ولا يذم.

 

Kopi itu secara meyakinkan tidak ada di zaman Nabi ﷺ. Kopi tidak ada keterangan dari beliau tidak pula dari sahabat beliau tidak pula dari tabiin yang memuji ataupun mencela kopi. Apa yang disebutkan bahawa malaikat memintakan ampun bagi orang yang minum kopi adalah ucapan batil dan mungkar. Demikian pula apa yang disebutkan bahawa orang yang menolak minum kopi adalah orang dungu ini adalah ucapan yang batil lagi mungkar yang tidak ada asalnya sama sekali. Betapa banyak orang yang mulia tidak suka minum kopi, dan betapa banyak dari mereka yang menyukainya. Kesimpulannya, kopi ini adalah minuman yang mubah/boleh yang tidak ada dalil memuji ataupun mencelanya.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 284716

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...