Matan hadith
من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم عمد إلى مسجد قباء، لا يريد غيره،
ولم يحمله على الغدو إلا الصلاة في مسجد قباء، فصلى فيه أربع ركعات، يقرأ في كل ركعة
بأم القرآن؛ كان له مثل أجر المعتمر إلى بيت الله.
Terjemahan
Sesiapa yang berwuduk lalu
menyempurnakan wuduknya, kemudian dia menuju ke Masjid Quba’, bukan kepada
selainnya dan tidak ada yang membuatkan dia bertolak di waktu pagi itu
melainkan untuk solat di Masjid Quba’, lantas dia solat di dalamnya empat
rakaat dengan membaca Ummu al-Quran (surah al-Fatihah) pada setiap rakaat,
nescaya baginya pahala seperti orang yang menunaikan umrah ke Baitullah.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir 19/146 no. 319, daripada Ka'ab bin Ujrah ra
Hadith munkar dengan selengkap
ini menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6833 dan disetujui
oleh Syeikh Mashhur bin Ḥasan al Salman dalam Silsilah al-Aḥadith al-Dhaifah
wal-Mawdhuah Mujarradah ‘An al-Takhrij no. 2020
yang sahih
Sahl ibn Hunaif RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءٍ
فَصَلَّى فِيهِ صَلاَةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ
Sesiapa yang bersuci di rumahnya,
dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama pahala
mengerjakan umrah (HR. Ibn Majah no.1412, sahih al-Albani)
Dari Usaid bin Zhuhair Al-Ansari radhiyallahu
‘anhu, ia berkata bahawa Nabi saw bersabda,
الصَّلاَةُ فِى مَسْجِدِ قُبَاءٍ كَعُمْرَةٍ
Solat di Masjid Quba’,
(pahalanya) seperti umrah (HR. Tirmidzi
no. 324 dan Ibnu Majah no. 1411.
al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadith ini hasan).
No comments:
Post a Comment