Monday, 18 March 2024

Hadith perubatan terbaik adalah bekam dan al-Fashdu?

 

Tular

 

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

 

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

 

“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling baik bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (berpetik/venesection).”(HR. Bukhari dan Muslim)

 

Takhrij

 

Tidak ditemukan hadith dengan lafaz seperti yang tular di atas yang mengatasnamakan kitab Sahih Bukhari dan Musim

 

 

Yang ada, adalah gandingan perkataan hijamah dan qustul bahri  (HR. Bukhari no. 5696).

 

Gandingan perkataan hijamah (bekam) dan al-Fashdu (berpetik) ini diriwayatkan oleh Abu Nuaim dalam Thibb an-Nabawi 1/288 no. 183:

 

 

خَيْرُ الدَّوَاءِ الْحِجَامَةُ، وَالفَصْدُ

 

Sebaik-baik cara kamu hendak berubat adalah hijamah (bekam) dan fashdu (berpetik)

 

Sebahagian ulama hadith mendhaifkan hadith ini seperti Syeikh al-Albani dalam Jamius Saghir no. 2923, Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Zaadul Maad 4/50 dan al-Qasthalani dalam Irsaydus Sari 8/369. Sebahagian lain menerimanya seperti Ibnu Qayyim dalam Zaadul Maad 4/49 dan Imam al-Shalihi al-Syamiy dalam kitabnya, Subul al-Huda wa al-Rasyad 12/149.

 

Ibnu Hajar menukilkan dari Ibnul 'Arabi rahimahullah yang mengatakan bahawa ada dua jenis qist, iaitu Qist al-Bahri (Cendana Laut) dan 'Oud al-Hindi atau Qist al-Hindi (Cendana India). Adapun Qist al-Bahri (Cendana Laut) berwarna putih dan 'Oud al-Hindi atau Qist al-Hindi (Cendana India) berwarna hitam dan lebih panas dari Qist al-Bahri (Cendana Laut)  [Fathul Bari 10/148].

 

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...