Thursday, 20 June 2024

Atsar perkara pertama hilang dari agama

 

Matan atsar

 

أول ما تفقدون من دينكم الخشوع، وآخر ما تفقدون من دينكم الصلاة، ورُبَّ مُصَلٍّ لا خير فيه، ويوشك أن تدخل مسجد الجماعة، فلا ترى فيهم خاشعاً

 

Terjemahan

 

Sesuatu yang pertama-tama kamu hilangkan daripada agama kamu, adalah kekhusyukan. Dan sesuatu yang paling akhir kamu hilangkan dari agama kamu ialah solat. Dan celakalah bagi orang yang melakukan solat, sedangkan di dalam dirinya tidak ada kebaikan sama sekali. Dan hampir sahaja kamu memasuki sebuah masjid, maka kamu tidak akan melihat seorangpun yang khusyuk di antara mereka

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya no. 34808, Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 1/281, 

ini adalah perkataan sahabat Nabi saw, Huzaifah ra .

 

Imam Munawi membawa nukilan al-Iraqi dan al-Haithami berkenaan sanad atsar ini: sanadnya dhaif kerana terdapat perawi yang dilemahkan oleh Ibnu Main dan an-Nasaie,  iaitu Imran al-Qatthan, beliau juga ditsiqahkan Imam Ahmad (Faidhul Qadir 3/114)

 

Rujukan

 

https://shorturl.at/knTf9

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...