Thursday, 20 June 2024

Hadith orang mati mengetahui amal orang yang masih hidup

 

Matan hadith

 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

 

لَا تَفْضَحُوا مَوْتَاكُمْ بِسَيِّئَاتِ أَعْمَالِكُمْ ، فَإِنَّهَا تُعْرَضُ عَلَى أَوْلِيَائِكُمْ  مِنْ أَهْلِ الْقُبُورِ

 

Terjemahan

 

Janganlah kalian memperlihatkan amal-amal keburukan kalian kepada orang yang sudah meninggal antara kalian, kerana amal-amal tersebut akan diperlihatkan kepada keluarga kalian yang berada di dalam kubur

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi Ad-Dunia dalam al-Munamat no. 2, al-Qawamus Sunnah dalam al-Targhib no. 156,  dan Al-Ashbahani

 

Sanadnya dhaif menurut al-Iraqi dalam Talhrij Ihya 7/227.

 

Juga dhaif sanadnya menurut as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah no. 1296

 

Dhaif menurut al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa' no. 3036

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...