Kisah tersebut dinisbatkan kepada
tabiien bernama Abdah bin Abdurrahim, bahawasanya dialah yang murtad seperti
tertuang dalam Bidayah wan Nihayah:
Kisah tersebut awalnya, berasal
dari penceritaan Imam Ibnu Katsir, sebagai berikut:
وفيها توفى عبده
بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ قَبَّحَهُ اللَّهُ. ذَكَرَ ابْنُ الجوزي أن هذا الشقي كان من
المجاهدين كثيرا في بلاد الروم، فلما كان في بعض الغزوات والمسلمون محاصرو بلدة مِنْ
بِلَادِ الرُّومِ إِذْ نَظَرَ إِلَى امْرَأَةٍ من نساء الروم
.. Pada saat itu, Abdah bin Abdurrahim wafat,
semoga Allah burukkan dia. Ibnul Jauzi bercerita bahawa orang celaka ini
dulunya adalah mujahidin, banyak perang di negara Rom. Pada sebahagian
peperangan kaum muslimin, saat mengepung Rom, saat itu dia melihat seorang
wanita Rom … (Bidayah wan Nihayah 11/64, Darul Fikr)
Akan tetapi dalam sumber asal
dari Ibnul Jauzi bukanlah tabiien tersebut tetap pemuda yang mengikuti beliau,
yang tidak disebutkan nama.
Imam Ibnul Jauzi Rahimahullah
menuliskan:
عبدة بن عبد الرحيم
.كان من أهل الدين والجهاد.
Abdah bin Abdurrahim, dia adalah ahli agama
dan jihad.
Kemudian Imam Ibnul Jauzi
melanjutkan:
قَالَ عبدة بن عبد
الرحيم: خرجنا في سرية إلى أرض الروم، فصحبنا شاب لم يكن فينا أقرأ للقرآن منه، ولا
أفقه ولا أفرض، صائم النهار، قائم الليل، فمررنا بحصن فمال عنه العسكر، ونزل بقرب الحصن،
فظننا أنه يبول، فنظر إلى امرأة من النصارى تنظر من وراء الحصن، فعشقها فقال لها بالرومية:
كيف السبيل إليك؟
Abdah bin Abdurrahim bercerita: kami keluar
bersama kumpulN (Safiyah) ke negeri Rom. Kami ditemani oleh seorang pemuda yang
tidak ada bacaan Al Quran kami lebih baik darinya, tidak ada yang lebih faqih,
tidak pula lebih baik menjalankan kewajipan darinya, dia puasa di siang hari,
solat di malam hari. Kami melewati benteng Rom, perajurit pun mendekatinya, dan
dia turun mendekati benteng. Kami kira dia turun untuk kencing. Lalu dia
melihat seorang wanita Nasrani dari belakang benteng, dia pun terpikat hatinya
kepada wanita itu. Lalu dia bertanya dengan wanita Rom itu: Bagaimana aku mampu
sampai kepadamu? … dst. (Al Muntazham fi Tarikhil Umam wal Muluk 12/301, Darul
Kutub Al ‘Ilmiyah. Beirut. Tahqiq: Syaikh Muhammad Abdul Qadir ‘Atha dan Syaikh
Mushthafa Abdul Qadir ‘Atha)
Kemudian, yang serupa dengan Imam
Ibnul Jauzi adalah apa yang ditulis oleh:
– Imam Az- Zahabi dalam Tarikh Al Islam wa
Wafayat Al Masyaahir wal A’laam 5/1176, Darul Gharb Al Islamiy. Tahqiq: Dr.
Basyar Awwad Ma’ruf
– Imam Ibnu Manshur dalam
Mukhtashar Tarikh Dimasyq Libni ‘Asaakir,
15/296, Darul Fikr. Tahqiq: Ruhiyah An Nuhaas, Riyadh Abdul Hamid Murad,
Muhammad Muthi’
Hal ini juga diakui oleh
pentahqiq Bidayah wan Nihayah Syeikh Abdullah at-Turki bahawasanya Ibnu Katsir
terkeliru dalam mengutip riwayat dari Ibnul Jauzi:
المصدر السابق أي المنتظم الجزء12 الصفحة 302: فيه أن هذه
القصة إنما وقعت لشاب كان في صحبة عبدة, فالذي تنصر إنما هو ذلك الشاب وليس ((عبدة
بن عبد الرحيم)) ((وعبدة)) هو راوي القصة وليس هو صاحبها.
Sumber rujukan sebelumnya, iaitu
al-Muntazham 12/302, menjelaskan bahawa kisah ini sebenarnya terjadi pada
seorang pemuda yg menemani Abdah. Jadi yang murtad menjadi nasrani itu adalah
pemuda ini, bukanlah 'Abdah bin Abdurrahim, sedangkan Abdah sendiri adalah
periwayat Kisah tersebut, bukanlah pelakunya."
Kesimpulannya, yang murtad itu
adalah pemuda yang menemani Abdah bin Abdurrahim, bukannya Abdah bin Abdurrahim
yang murtad.
No comments:
Post a Comment