Tuesday 6 August 2024

Hadith palsu Allah wujud tak bertempat/berarah?

 

Telah tular hadith:

 

Bersabdalah Nabi,

 

قال صلى الله عليه وسلم هو جبريل لأن الله موجود بلا مكان فلا يوصف بصفات الأجسام ولا بالمسافة بالمرة

 

Dia adalah Jibril karena sesungguhnya Allah Dzat yang wujud (ada) tanpa tempat, maka tidak boleh dishifati dengan beberapa shifat jisim dan tidak dishifati dengan jarak jangkuan (HR Imam Bukhari dan Muslim dan Baihaqi dalam kitab Asma wa al Shifat / 260)

 

Takhrij

 

Ini adalah penisbatan palsu kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan al-Baihaqi.

 

Tidak wujud matan/lafaz hadith seperti yang disebutkan. Ia merupakan rekaan orang-orang yang tidak takut kepada ancaman Nabi saw yang berdusta ke atas nama Beliau.

 

Hadith tersebut caca merba bahasanya, matannya dan bercanggah dengan nas syariat yang sahih. Bahkan sebahagian dari perkataan itu ditemukan cantumannya dari atsar Saidina Ali ra yang munkar dan palsu:

 

kata Saidina Ali ra:-

 

كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان

 

Allah wujud pada azali dan tidak bertempat dan sekarang juga tidak bertempat

 

Takhrij

 

Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi dalam Kitab al-Firaq bin al-Firaq hal. 333

 

Tidak ditemui sanadnya dalam kitab tersebut. Dan ini adalah penisbatan palsu ke atas Ali bin Abi Thalib ra. (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 275170).

 

 Ada lagi satu atsar dari Ali ra.

 

من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.

 

”Sesiapa menganggap bahawa Tuhan kita terbatas (mahdhud) maka ia telah jahil (tidak mengenal) Tuhan Sang Pencipta.”[Hilyatul Awliya’; Abu Nu’aim al Isfahani 1/73, ketika menyebut sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.]

 

Hadith ini dinilai gharib oleh Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya'  1/72-73.

 

Az-Zahabi berkata dalam Al ‘Uluwwu lil ‘Aliyyil Ghaffar hal. 81 no. 182:

 

 هذا حديث منكر وإسناده غير ثابت لكنه صح إلى عبد الوارث

 

Hadith ini munkar dan sanadnya tidak tsabit, tetapi hadith sah sehingga Abdul Warits

 

Sesungguhnya atsar ini dibawakan oleh orang-orang Syi’ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa ada sanad sama sekali. Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya Al-Kulaini). Al-Kulaini berkata:

 

وَ رُوِيَ أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ وَ لَا مَكَانَ

 

Dan diriwayatkan bahawasanya Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salam ditanya : Dimanakah Rabb kami sebelum menciptakan langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salaam berkata, “Mana pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah dahulu tanpa ada tempat (Bihar al-Anwar 4/295; Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)

 

Jelas bertentangan dengan pemahaman sahabat tabien dan tabiut tabien. Dan tidak ada imam sunnah menyebutkan sedemikian. Para sahabat bersepakat bahawa Allah Maha Besar, dan Maha Tinggi dia atas semua mahluk ciptaanNya dan dia bersemayam di atas Arasy dan mengimani sifat yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t. sendiri tentang diri-Nya dan apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat-sifat Allah tanpa ta’wil (mengubah) takyif (membagaimanakan) juga tidak tasybih (menyamakan) tidak juga ta’thil (menafikannya) (Fatwa Soaljawab Islam no. 219727).

 

Dan sebahagian perkataan dalam hadith palsu itu merupakan cantuman dari perkataan Imam Baihaqi dalam Asma’ wal Sifat (kalau kita jodohkan dengan sumber yang tertera pada hadith tular tersebut) pada ketika menjelaskan hadith:

 

  وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ  

 

“Engkaulah Yang Maha Nampak, maka tak ada sesuatu pun di atasMu. Dan, Engkaulah Yang Maha Samar, maka tak ada sesuatu pun yang di bawahMu.” (HR. Muslim no. 2713)

 

Mengomentari hadith ini, Imam al-Baihaqi, mengatakan:

 

  وَالَّذِي رُوِيَ فِي آخِرِ هَذَا الْحَدِيثِ إِشَارَةٌ إِلَى نَفْيِ الْمَكَانِ عَنِ اللَّهِ تَعَالَى، وَأَنَّ الْعَبْدَ أَيْنَمَا كَانَ فَهُوَ فِي الْقُرْبِ وَالْبُعْدِ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى سَوَاءٌ، وَأَنَّهُ الظَّاهِرُ، فَيَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْأَدِلَّةِ؛ الْبَاطِنُ، فَلَا يَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْكَوْنِ فِي مَكَانٍ. وَاسْتَدَلَّ بَعْضُ أَصْحَابِنَا فِي نَفْيِ الْمَكَانِ عَنْهُ بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ» . وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ ". وَإِذَا لَمْ يَكُنْ فَوْقَهُ شَيْءٌ وَلَا دُونَهُ شَيْءٌ لَمْ يَكُنْ فِي مَكَانٍ  

 

"Yang diriwayatkan di bahagian akhir hadith ini mengisyaratkan tiadanya tempat bagi Allah dan baahwa seorang hamba di mana pun berada jaraknya sama saja dari Allah. Dia adalah ad-Zahir (Yang Tampak) sehingga boleh diketahui dengan dalil. Tapi Dia juga al-Bathin (Yang Tak Nampak) sehingga tak boleh difahami berada di suatu tempat pun. Sebahagian sahabat kami berdalil untuk menafikan adanya tempat Allah dengan hadith tersebut. Kalau di atasnya tidak ada sesuatu pun dan dibawahnya juga tidak ada sesuatu pun, maka bererti Allah tidak ada di satu tempat pun." (Asma’ was Sifat 2/289).

 

 

Terjemahan yang tepat bukan atas atau bawah, tetapi seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Abul Jauza:

 

kata itu mesti dilihat konteks kalimatnya:

 

أنت الظاهر

 

Makna Az-Zahir di situ berhubungan dengan kalimat setelahnya :

 

فليس فوقك شىء

 

Sebagaimana telah dijelaskan, Az-Zahir itu merupakan isim fa'il dari kata Az-Zuhuur, yang ertinya tinggi.

 

Nah sekarang Anda lihat makna Al-Baathin. Cari dan belek dalam kamus bahasa Arab atau cari penjelasan ulama mengenai makna Al-Baathin.,... Cocok tak ertinya kalau kemudian digandingkan dengan : 'tidak ada sesuatupun di bawah-Mu' ???.

 

Para ulama menjelaskan (sebagaimana saya kutip di atas) bahawa Al-Baathin maknanya buthuunush-shifaat, iaitu Allah lebih dekat dengan makhluk-Nya daripada yang lainnya. Ada juga yang memaknai Allah mengetahui baik yang nampak mahupun tersembunyi (yang menunjukkan ilmu Allah ta'ala). Variasi tafsir yang ada merujuk pada makna ini. Nah, apakah kemudian benar dan sesuai jika Al-Baathin itu digandingkan dengan : 'tidak ada sesuatupun di bawah-Mu' ???. Atau yang lebih tepat : 'Tidak ada sesuatupun yang lebih dekat dari-Mu ?. Duunaka di situ berasal dari kata ad-dunuw yang ertinya dekat.

 

Rujukan

 

https://abul-jauzaa.blogspot.com/2013/09/penjelasan-adz-dzahabiy-tentang-dzat.html

 

https://www.abuaminaelias.com/does-allah-exist-in-a-place/

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...