Tuesday 6 August 2024

Rasulullah saw memuji penganut tauhid sifat 20?

 Telah tular:

 

Rasulullah saw memuji penganut tauhid sifat 20

 

Tauhid sifat dua puluh adalah tauhid asyairah maturidi yg dianuti oleh Sultan Muhammad Al Fateh seorang sultan yg telah dipuji oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sebuah hadith:

 

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

 

لَتُفتَحنَّ القُسطنطينيةُ ولنِعمَ الأميرُ أميرُها ولنعم الجيشُ ذلك الجيشُ

 

“Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu“.

 

Imam Al Hakim berkata: “sanadnya sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi”

 

Tidak mungkin beliau dipuji oleh Rasulullah jika akidahnya sesat.

 

Itu menunjukkan benarnya Tauhid Asyairah maturidiyah.

Kalau tauhid tiga benar dan baik pasti ada hadithnya sebaik baik lelaki adalah ibnu Taimiyah dan sebaik baik nejed itu adalah Muhammad bin Abdul Wahhab.Ini nabi kata Nejed tanduk setan....🙆praapp🙆praaapp🙆praaapp

 

Nak cakap apa lagi ?Itulah hakikatnya...#ikut_wahhabi_dosa_mati_siksa tapi berapa ramai yang ambil masa sikit utk membuat renungan?

 

 

Takhrij dan penjelasan

 

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

 

لَتُفتَحنَّ القُسطنطينيةُ ولنِعمَ الأميرُ أميرُها ولنعم الجيشُ ذلك الجيشُ

 

“Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu“.

 

HR.  Ahmad no. 18957, Bukhari dalam Tarikh al-Kabir 2/81, at-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir no. 1216, al-Hakim 4/4/422, Ibnu Asakir  dalam Tarikh Dimasyq 16/223 dan Abu Nu`aim di dalam Ma'rifat al-Sahabah no. 1101.

 

Hadith ini lebih jelasnya lemah menurut Syeikh al-Albani dan Mulataqa Ahlil Hadith

 

Sisi cacatnya, Abdullah bin Bisyr al-Ghanawi dia seorang perawi yang majhul dan hanya ditsiqahkan oleh Ibnu Hibban, padahal beliau masyhur dengan tasahulnya (sikap bermudahan). Meskipun demikian Imam Al Hakim berkata: “sanadnya sahih dan disepakati oleh az-Zahabi” (Silsilah Hadith Dhaif no. 878).

 

Pembukaan kota Konstantinopel adalah sebuah fakta yang diceritakan dalam banyak hadith yang shahih. Hanya saja hadith di atas meskipun sangat masyhur adalah sebuah hadith yang lemah, sebagaimana dikatakan oleh Syeikh al-Albani.

 

Dan di antara hadith sahih yang berhubungan dengan jihad Konstantinopel adalah hadith dari Abu Qabil, ia berkata:

 

كنا عند عبدِ اللهِ بنِ عمرو بنِ العاصِ ، و سُئِلَ أيُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًاالقسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟ فدعا عبدُ اللهِ بصندوقٍ له حِلَقٌ ، قال : فأخرج منه كتابًا قال : فقال عبدُ اللهِ : بينما نحنُ حولَ رسولِ اللهِ نكتبُ ، إذ سُئِلَ رسولُ اللهِ : أىُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟ فقال رسولُ اللهِ : مدينةُ هرقلَ تُفتحُ أولًا : يعني قسطنطينيةَ

 

“Kami berada di sisi Abdullah bin Amr bin Ash dan beliau ditanya tentang mana kota yang dibuka terlebih dahulu, apakah Konstantinopel ataukah Romawi? Maka beliau meminta untuk diambilkan sebuah kotak, lalu beliau mengeluarkan sebuah kitab lalu berkata: ‘Berkata Abdullah bin Mas’ud: Tatkala kami bersama Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam untuk menulis, tiba-tiba beliau ditanya: Manakah kota yang terlebih dahulu dibuka, apakah Konstantinopel ataukah Romawi?’. Maka beliau menjawab: ‘Yang dibuka terlebih dahulu adalah kota Heraklius’. Iaitu Konstantinopel“(Silsilah Hadith Sahih no. 4)

 

Sekiranya sahih hadith ini

 

Ya, tak ada msalah pun Sultan Muhammad al-Fatih ini walaupun dia atas akidah yang tidak sahih yakni akidah Asayirah Matrudiyah, tetapi berjaya mengembangkan Islam. Kebanyakan sultan dan ulama turki terpengaruh dengan akidah tidak sahih tercemar dengan ajaran tarekat berpaksikan kesyirikan, khurafat dan lebih teruk lagi kesesatan.

 

Sejarawan terkemuka Turki, Muhammad Fuad Karbelli, dalam bukunya “Qiyam Daulah Utsmaniyyah” mengingatkan perkara ini, dengan mengatakan:

 

“Islam mereka ini, yakni Turki Utsmani di masa awal, bukan Sunni, tetapi terpengaruh oleh penyembah berhala yang terdahulu, kemudian membungkusnya dengan ajaran Sufi.”

 

Ada satu pelajaran dari hadith muttafaqun ‘alaih yang menerangkan bahawa seharusnya kita janganlah mudah tertipu dengan orang yang semata-mata berniat menjadi pembela Islam, ingin menghancurkan bukan muslim, namun ia jauh dari syariat malah bermaksiat. Berikut pelajaran dari hadith tersebut.

 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’ala anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan Bilal pada saat perang Khaibar untuk menyeru manusia dengan mengatakan,

 

إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلاَّ نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

 

Tidak akan masuk surga kecuali jiwa seorang muslim. Mungkin saja Allah menolong agama ini lewat seorang lelaki fajir (yang bermaksiat) (HR. Bukhari no. 3062 dan Muslim no. 111)

 

Kisah Tentang Hadith di atas

 

Abu Hurairah menceritakan tentang sebab munculnya sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas. Abu Hurairah berkata bahawa beliau mengikuti perang Khaibar. Lantas Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata pada orang yang mengaku membela Islam, “Ia nantinya penghuni neraka.” Tatkala orang tadi mengikuti peperangan, ia sangat bersemangat sekali dalam berjihad sampai banyak luka di sekujur tubuhnya. Melihat pemuda tersebut, sebahagian orang menjadi ragu dengan sabda Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam. Namun ternyata luka yang parah tadi membuatnya mengambil pedang dan membunuh dirinya sendiri. Akhirnya orang-orang pun berkata, “Wahai Rasulullah, Allah membenarkan apa yang engkau katakan.” Pemuda tadi ternyata membunuh dirinya sendiri. Rasul pun bersabda, “Berdirilah wahai fulan (yakni Bilal), serukanlah: Tidak akan masuk syurga melainkan seorang mukmin. Allah mungkin saja menolong agama ini melalui lelaki fajir (ahli maksiat).” (HR. Bukhari dan Muslim).

 

Ibrah dari Hadith

 

1. Setiap muslim janganlah mudah tertipu dengan setiap orang yang terang-terangan mengatakan dirinya membela Islam, baik mereka mengatakan bahawa dirinya berjihad, berdakwah ilallah, beramar ma’ruf nahi mungkar atau merekalah satu-satunya yang semangat dalam membela panji-panji Islam. Maka janganlah cepat-cepat menghukumi atau merekomendasi atau menerima klaim mereka dan memotivasi untuk duduk di majlis mereka sampai diketahui bahawa mereka benar-benar mengikuti ajaran Rasul. Kerana kebanyakan orang hanya asal klaim bahawa ia benar, ia di atas jihad, ia membela Islam, namun ternyata jauh dari tuntunan Islam. Islam tidak pernah mengajarkan bom bunuh diri, walaupun itu demi menghancurkan gereja. Islam tidak pernah mengajarkan meletakkan bom di tempat maksiat, walaupun diletakkan di bar-bar tempat maksiat. Kerana segala sesuatu ada aturannya, tidak asal-asal kita melakukan nahi mungkar. Tidak asal-asalan kita menghancurkan tempat maksiat. Ada penguasa atau yang diperintah oleh penguasa yang punya tugas dalam hal ini. Jika kita tidak punya kekuasaan kita boleh peringatkan perbuatan mungkar dengan lisan atau tulisan. Dan minimal kita ingkari dalam hati jika kita tidak mampu dengan hal tadi. Itulah selemah-lemahnya iman.

 

2. Tidak diingkari bahawa sebahagian ahli bidaah ada yang membela kebenaran atau mengklaim dirinya di atas kebenaran atau barangkali awal-awalnya saja membela, namun kemudian menyimpang dari jalan yang benar sebagaimana kisah dalam hadith di atas. Akan tetapi sekali lagi, tidak setiap yang mereka lakukan atau yang mereka namakan jihad, kita langsung membenarkannya. Tetap harus dinilai dan ditimbang dengan ajaran Islam.

 

 

 

Rujukan

 

https://saudinesia.id/review/akidah-daulah-ustmaniyah-sejak-awal-berdirinya/

 

https://muftiwp.gov.my/images/pdf/penerbitan/ebook/manhajakidahaswj/Manhaj_Ahli_Sunnah_Wal_Jamaah_Dalam_Akidah.pdf

 

https://insantama.sch.id/syeikh-muhammad-bin-ismail-al-kurani/

 

https://rumaysho.com/1977-jangan-tertipu-dengan-pembela-islam.html

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...