Matan hadith
أن الغمام كان يظل النبي صلى الله عليه وسلم دائما
Terjemahan
Sesungguhnya baginda Nabi
Muhammad SAW selalu dipayungi oleh awan
Takhrij
Hadith ini tidak ditemui asal
dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.
Hadith ini disebut oleh Mar’i Ibn
Yusuf al-Karmi dalam kitab himpunan hadith-hadith palsu beliau berjudul
Al-Fawaid Al-Mawdhuah Fi Al-Ahadith al-Mawdhuah, hal. 71 no. 1.
Berikut adalah komentar beliau
terhadap hadith ini:
فمن الموضوعات ما قال ابن تيمية: مثل نقل كثير من العامة
أن الغمام كان يظل النبي صلى الله عليه وسلم دائما. قال: وهذا لا يوجد في شيء من كتب
/ المسلمين، بل هو كذب عندهم. إنما نقل أن الغمامة أظلته لما كان صغيرا وقدم مع عمه
إلى الشام تاجرا ورأى بحيرا الراهب.
Antara hadith palsu yang telah
disebut oleh Ibnu Taimiyyah: Seperti yang telah dinukilkan oleh kebanyakan
orang awam bahawa sesungguhnya baginda Nabi Muhammad SAW selalu dipayungi oleh
awan. Ibnu Taimiyyah telah berkata bahawa hadith ini tidak terdapat di dalam
kitab-kitab hadith atau daripada kalangan orang muslimin bahkan hadith ini
merupakan hadith palsu dalam kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang telah
dinukilkan bahawa awan yang memayungi baginda Nabi Muhammad SAW sama ada
baginda Nabi Muhammad SAW dalam keadaan masih kecil dan ketika berjalan bersama
bapa saudaranya hingga ke Syam sebagai peniaga dan seorang rahib telah melihat
keadaan ini.
No comments:
Post a Comment