Diriwayatkan daripada Sa’ad bin
Abi Waqas r.a. beliau berkata :
جَاءَ رَجُلٌ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُصَلِّي لَنَا ، فَقَالَ حِينَ انْتَهَى إِلَى الصَّفِّ : اللَّهُمَّ آتِنِي أَفْضَلَ
مَا تُؤْتِي عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ ، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ قَالَ : مَنِ الْمُتَكَلِّمُ
؟ قَالَ : أَنَا . قَالَ : إِذًا يُعْقَرُ جَوَادُكَ وَتُسْتَشْهَدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Telah datang oleh seorang lelaki
dan Nabi shallallahu alaihi wasallam sedang solat sebagai imam bagi kami lalu
berkata lelaki itu sebaik sahaja tiba pada saf :
اللَّهُمَّ آتِنِي
أَفْضَلَ مَا تُؤْتِي عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ.
Maka ketika Nabi sollallahu
alaihi wasallam telah selesai dari solatnya baginda bertanya : Siapa yang
berkata-kata tadi? Berkata lelaki itu : Saya. Nabi shallallahu alaihi wasallam
bersabda : Jika begitu maka disedekahkan akan kudamu untuk jihad dan kamu
terhitung orang yang mati syahid pada jalan Allah.”
Takhrij
HR. Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya
1/519, al-Hakim dalam Sahihnya no. 2432, Ibnu Hibban dalam Sahihnya no.4640,
hasan menurut Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar
1/378)
No comments:
Post a Comment