Wednesday, 2 July 2025

Hadith solat kafarah pada Jumaat terakhir Ramadhan

 

Matan hadith

 

 

 مَن فَاتَتْهُ صَلَاة فِي عُمْرِهِ وَلَمْ يحصَهَا فَلْيَقُمْ فِي آخِر جُمعَة مِن رَمَضَانَ وَلْيصل أَرْبَعَ رَكَعَات بِتَشهد وَاحِد، يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةِ فَاتِحَة الْكِتَاب، وَسُورَة الْقَدْر خَمْسَ عَشَرَة مَرَّة، وَسُورَةُ الْكَوْثَر كَذَلِكَ

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang pernah meninggalkan solat dalam hidupnya tetapi tidak dapat menghitung jumlahnya, maka dirikanlah solat pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan dan solatlah sebanyak 4 rakaat dengan 1 kali tasyahud, dan membaca pada setiap rakaat 1 kali surah al-Fatihah, kemudian surah al-Qadr sebanyak 15 kali dan surat al-Kauthar juga begitu (15 kali).

 

Takhrij

 

Palsu, tiada asal (al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah hal. 54; al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’ hal. 191; Dar Alifta Jordan no. 3204)

 

Al-Lajnah al-Da’imah dalam fatwanya menyebut: “Hadith ini adalah hadith palsu yang direka dan tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Bahkan, sesiapa yang tertinggal solat, hendaklah dia menyegerakan mengqada’nya apabila dia mengingatinya sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidur lalu tertinggal solat atau dia terlupa, hendaklah dia solat apabila dia teringat, dan tidak ada kaffarah baginya kecuali hal itu.” Manakala dalam solat yang disebut di atas dengan mengulangi bacaan surah al-Qadr dan al-Kauthar dalam solat tersebut sebanyak 15 kali, solat itu ialah solat bid’ah yang direka-reka dan bercanggah dengan solat yang disyariatkan.” (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 3/210)

 

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 57541

 

Maktabah al-Bakri no. 1329

 

Fatawa al-Lajnah al-Daimah 3/210

 

Fatwa Dar Alifta Jordan no. 3204

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...