Wednesday, 2 July 2025

Zikir pada jumaat terakhir bulan Rejab

 

Matan tular

 

Barang siapa membaca kalimat

 

أحمد رسول الله محمد رسول الله

 

(Ahmad adalah Rasulullah. Muhammad adalah Rasulullah)

 

pada Jumaat terakhir bulan Rejab, sebanyak 35 kali ketika khatib sedang duduk di antara 2 khutbah (berkhutbah). Maka selama setahun tangannya tidak akan pernah kosong dari rezeki.

 

Takhrij

 

Perkataan ini bukan hadith Nabi saw. Zikir di atas dinukilkan oleh Syeikh dalam kitabnya Kanzun Najah Wa As-Surur seperti berikut:

 

ومن فوائد الشيخ علي الأجهوري رحمه الله تعالى كما في ترجمته بخلاصة الأثر أن من قرأ في آخر جمعة من رجب والخطيب على المنبر: أحمدُ رسول الله محمدٌ رسول الله (خمسًا وثلاثين مرة) لا تنقطع الدراهم من يده ذلك السنة. انتهى.

 

Sesiapa yang membaca pada Jumaat terakhir di bulan Rejab ketika Khatib di atas mimbar: Ahmad Rasulullah Muhammad Rasulullah sebanyak 35 kali, tidak akan terputus duitnya selama setahun.

 

1-      Zikir di atas bukanlah daripada Rasulullah saw.

2-      Amalan ini bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang menyuruh kita fokus mendengar khutbah

 

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ

 

Apabila seseorang daripada kalian berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang sia-sia [Sahih al-Bukhari]

 

Kesimpulan:

- Hendaklah fokus mendengar khutbah dan bukannya menyibukkan diri dengan perkara lain hatta berzikir sekalipun.

- Amalan di atas adalah rekaan, tiada asal.

 

Rujukan

 

FB Dr Ustaz Rozaimi Ramle  dan Ustaz Masri

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...