Friday 15 March 2019

Hadith 5 malam dimustajabkan doa



Hadith:


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :خَمْسُ لَيَالٍ لا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَّحْرِ

Terjemahannya:


Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili رضي الله عنه, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Lima malam yang tidak ditolak pada malam tersebut akan doa, (iaitu) awal malam daripada Rejab, malam nisfu Sya’ban,malam Jumaat, malam raya fitri dan malam raya korban (disebut oleh Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyq 10/408, al-Albani menilainya maudhu' dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1452).

Yang benarnya, perkataan ini adalah dari Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm


وَبَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِيْ خَمْسِ لَيَالٍ : فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى ، وَلَيْلَةِ الفِطْرِ ، وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجِبٍ ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه الليالي من غير أن يكون فرضاً "الأم"

Terjemahannya:

Telah sampai kepada kami, bahawa doa yang dimustajabkan (yakni yang makbulkan oleh Allah) pada lima malam iaitu pada malam Jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitri, awal malam daripada bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban. Beliau menganggap amalan berdoa pada hari tersebut adalah mustahab bukan fardhu (Al-Umm 1/264).


ayat di atas (Telah sampai kepada kami) jelas menunjukkan Imam Syafie dapat dari sumber yang tidak jelas bagi beliau. 

Bila dibuat semakan,

riwayat tersebut berasal dari riwayat marfu' dalam Tarikh Dimasyq (seperti telah disebutkan di atas), tapi palsu. ada 2 perawi pendusta, Bundar bin Umar ar-Ruyani dan Ibrahim bin Abi Yahya (Mizanul I'tidal 1/353; 1/58)

ada juga riwayat mauquf dari Ibnu Umar ra diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dalam Musannafnya 4/317,  juga dhaif. 


وَأَخْبَرَنِي مَنْ، سَمِعَ الْبَيْلَمَانِيَّ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: " خَمْسُ لَيَالٍ لَا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدُّعَاءَ: لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَأَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَتَيِ الْعِيدَيْنِ "

Telah menyampaikan kepada saya seseorang yang mendengar daripada Al-Bailamani, yang menyampaikan daripada ayahnya, daripada Ibnu 'Umar bahawa: Lima malam yang doa padanya tidak tertolak: Malam pertama Rejab, malam Nisfu Sya'ban, malam Jumaat, malam dua hari raya.


Terdapat perawi yang dikritik Imam Bukhari dan Abu Hatim sebagai Munkarul hadith, iaitu Muhammad bin Abdul Rahman al-Bailamani (Tahzib al-Tahzib 9/261; Mizanul I'tidal 2/551)


No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...