Benarkah doa Jibril AS menjelang
Ramadhan dengan lafaz ini ?
“Ya Allah, abaikan puasa umat
Muhammad jika sebelum masuk Ramadhan dia tidak melakukan tiga hal ini:
Tidak minta maaf kepada kedua
orang tuanya.
Tidak bermaafan dengan sahabat-sahabatnya.
Tidak bermaafan dengan
orang sekitarnya.
Maka Rasulullah SAW mengaminkan
sebanyak tiga kali (untuk tiga hal ini)”
Ulasan Berkaitan Persoalan Di
Atas
Bagi menjawab persoalan di atas,
hadith di atas sudah tersebar dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Untuk itu, kami nyatakan di sini bahawa:-
hukum hadith tersebut adalah PALSU
(MAUDHU') dan direka oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab dan
kita tidak boleh sesekali menyebarkannya kepada orang lain melainkan untuk menyatakan
akan kepalsuannya.
Ia tidak ditemukan dalam
kitab-kitab hadith.
Bahkan, seperti baru muncul di
era internet ini. Jadi, berhati-hatilah sebelum menyebarkan kepada
teman-teman anda di media sosial.
Walaubagaimanapun, tidak
dinafikan bahawa terdapat 3 buah hadith yang hampir serupa seperti di atas
bertaraf hasan dan sahih yang lebih utama untuk diamalkan.
Di sini dinyatakan tiga riwayat
hadith yang berkaitan;
1- Hadith Jabir bin ‘Abdullah RA:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، " أَنّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى
الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ :
آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ
اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ
الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ
لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ
أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ
: شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ".
-أخرجه البخاري في الأدب المفرد , باب منذكر عنده النبي (ص) فلم يصل عليه,
رقم حديث 644 وقال السخاوي: هو حديث حسن. والطبراني في تهذيب الأثار, باب مسند
طلحة بن عبيد الله, رقم حديث 356. والدارقطني في الأفراد كما في التهذيب التهذيب
(7/195) وإبن شاهين في فضائل شهر رمضان (9) والبيهقي في الشعب (3350) وإبن عساكر
في فضائل شهر رمضان (6) وغيرهم.
Terjemahan:
Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA,
bahawa Nabi SAW menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang
pertama, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang
kedua, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga,
baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami
mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”. Baginda menjawab: “Ketika
aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata:
“Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar
daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin.” Kemudian
Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang ibu bapanya masih hidup atau
salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkan nya
ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah
seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah SAW) di sebut di
sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.”
Takhrij
HR. al-Bukhari dalam Al-Adab
Al-Mufrad, no. 644, dihasankan oleh
al-Albani; al-Tabrani dalam al-Tahzib al-Athar, no. 356; al-Daruqutni dalam
al-Afrad (7/195); al-Baihaqi dalam al-Syu‘abul Iman, no. 3350; Ibn Syahin dalam
Fadhail Syahru Ramadhan, no. 9; Ibn ‘Asyakir dalam Fadhail Syahru Ramadhan, no.
6
2- Hadith riwayat Abu Hurairah RA:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ
عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ
أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ
فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ.
-أخرجه الترمذي في سننه, كتاب الدعوات, باب قول رسول الله (ص) رغم أنف
رجل..., رقم حديث 3545 , عن أبي هريرة رضي الله عنه, وقال أبو عيسى : هذا حديث حسن
غريب من هذا الوجه وأحمد في مسنده (2/254) رقم حديث 7139, وإبن حبان في صحيحه
(908) والحاكم في المستدرك (1/549) حديث
رقم 7256, والبيهقي في الدعوات (152) وغيرهم.
Terjemahan
Daripada Abu Hurairah RA, beliau
berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah seseorang apabila namaku
disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku. Dan
celakalah seseorang, apabila Bulan Ramadhan menemuinya kemudian berlalu pergi
sebelum dia mendapatkan keampunan, dan celakalah seseorang yang kedua orang
tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke
dalam Syurga (kerana kebaktiannya)."
Takhrij
HR. at-Tirmizi, no. 3545 beliau
berkata hadith ini hasan gharib dan al-Albani menilainya hasan sahih, Ahmad,
no. 7139; Ibn Hibban dalam sahihnya, no. 908; al-Hakim dalam al-Mustadrak, no.
7256; al-Baihaqi dalam al-Da‘waat, no. 152.
3- Hadith riwayat Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : " احْضَرُوا
الْمِنْبَرَ " ، فَحَضَرْنَا ، فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً ، قَالَ : "
آمِينَ " ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ ، قَالَ : "
آمِينَ " ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ ، قَالَ : "
آمِينَ " ، فَلَمَّا نَزَلَ ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَقَدْ
سَمِعْنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ ، قَالَ : " إِنَّ
جِبْرِيلَ عَلَيْهِ الصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَرَضَ لِي ، فَقَالَ : بُعْدًا لِمَنْ
أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يَغْفَرْ لَهُ ، قُلْتُ : آمِينَ ، فَلَمَّا رَقِيتُ
الثَّانِيَةَ ، قَالَ : بُعْدًا لِمَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ
، قُلْتُ : آمِينَ ، فَلَمَّا رَقِيتُ الثَّالِثَةَ ، قَالَ : بُعْدًا لِمَنْ
أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا ، فَلَمْ يُدْخِلاهُ
الْجَنَّةَ ، قُلْتُ : آمِينَ " . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ ،
وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ .
-أخرجه الحاكم في المستدرك, كتاب البر والصلة, باب سعيد إبن أبي مريم
(4/134-135), حديث رقم 7321, وقال الذهبي هذا حديث صحيح الإسناد ، ولم يخرجاه,
والطبراني في الكبير (19/144( والبيهقي في الشعب (1471) والبخاري في الكبير
(4/1/220) وغيرهم.
Terjemahan
Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA
berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan
mimbar”. Maka kami pun berhimpun. Lalu baginda menaiki anak tangga mimbar dan
berkata: “Amin.” Ketika naik ke anak tangga kedua, baginda berkata lagi:
“Amin.” Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, baginda berkata lagi: “Amin.”
Dan ketika baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami
telah mendengar sesuatu daripada tuan pada hari ini yang kami belum pernah
mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail A.S
telah membisikkan (doa) kepadaku dengan berkata: “Celakalah orang yang
mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.” Lalu aku pun
mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata
lagi: “Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia
tidak menyambutnya dengan selawat ke atasmu.” Lalu aku pun mengaminkannya. Dan
ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: “Celakalah orang
yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya (telah
tua), namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga (dengan berbakti
kepadanya).” Lalu aku pun mengaminkannya.
Takhrij
HR. al-Hakim dalam al-Mustadrak,
no. 7321 beliau mensahihkan hadith ini; al-Tabrani dalam al-Kabir (19/144);
al-Baihaqi dalam al-Syu‘abul Iman, no.1471; al-Bukhari dalam al-Kabir
(4/1/220).
Memadailah dengan tiga hadith
yang diutarakan di atas yang cukup jelas untuk disebarkan kepada masyarakat.
Adalah kewajipan kita untuk memelihara hadith Nabi SAW daripada sebarang
pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW.
Berdasarkan hadith ini juga, tiga
hal yang disebut di dalam hadith yang sahih ini adalah:
1) Orang yang bertemu bulan
Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
2) Orang yang tidak berlaku baik
kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.
3) Orang yang tidak berselawat
kepada Nabi Muhammad SAW apabila disebut kepadanya.
Rujukan:
Irsyad al-hadith siri ke-80,
Pejabat mufti wilayah persekutuan.
Al Manhal Al Tanwir Lil Hadith,
Portal Hadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 30 April 2019.
No comments:
Post a Comment