Thursday 20 June 2019

Hadith malam raya (lailatul Jaizah)



Matan Hadith

ووقفت له على شاهد عن ابن عباس مرفوعا ، فساق حديثا طويلا ، جاء فى آخره : " فاذا كانت ليلة الفطر وسميت ليلة الجائزة ، فاذا كانت غداة بعث الله تبارك وتعالى الملائكة فى كل ملاء فيهبطون الى الأرض فييقومون على أفواه السكك فينادون بصوت يسمعه جميع من خلق الله الا الجن والانس ، فيقولون : يا أمة محمد اخرجوا الى رب كريم يغفر العظيم ، واذا برزوا فى مصلاهم يقول الله تعالى : يا ملائكتى ما أجر الأجير اذا عمل عمله ؟ فتقول الملائكة الهنا وسيدنا جزاؤه أن يوفى أجره ، فيقول الله عز وجل : أشهدكم يا ملائكتى أنى قد جعلت ثوابهم من صيامهم شهر رمضان وقيامهم رضائى ومغفرتى ، فيقول الله عز وجل : سلونى وعزتى وجلالى لا تسألونى اليوم شيئا فى جمعكم هذا لآخرتكم الا أعطيتكموه ولا لدنيا الا نظرت لكم ، وعزتى لأسترت عليكم عثراتكم ما راقبتمونى ، وعزتى وجلالى لا أخزيكم ولا أفضحكم بين يدي أصحاب الجدود أو الحدود – شك أبو عمرو – وانصرفوا مغفورا لكم قد أرضيتمونى ورضيت عنكم ، قال : فتفرح الملائكة ويستبشرون بما يعطى الله هذه الأمة اذا أفطروا


Terjemahan

Ibnu Abbas rah berkata bahawa sesungguhnya beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

   "Apabila tiba malam hari raya aidil fitri malam itu dinamakan (di sisi penduduk langit) Lailatul Jaizah.

   Pada pagi Raya itu Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong.

   Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang telah diciptakan Allah SWT kecuali jin dan manusia.

   Mereka berkata, "Wahai Ummat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar."

   Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya. Allah SWT akan berfirman kepada para malaikat, "Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?"

   Baginda SAW bersabda, "Para malaikat akan berkata, "Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya."

   Lalu Allah SWT berfirman,
"Kerana itu Aku telah menjadikan kamu sebagai saksi. Wahai malaikatKu! . Sesungguhnya Aku telah jadikan balasan kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadhan dan berdirinya mereka (beribadat kepadaKu di dalam Terawih) ialah keredhaanKu dan keampunanKu."

   Allah SWT berfirman lagi, "Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah dariKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikkanmu.

   Demi kemuliaanKu. Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaanKu dan demi kehebatanKu, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang  yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan.

   Sesungguhnya kamu telah meredhakan daku dan Aku juga telah meredhakan kamu. Para malaikat pun gembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah SWT telah berikan kepada umat ini apabila mereka telah selesai dari puasa di bulan Ramadhan.


Takhrij

HR. Thabarani di dalam Mu'jam al-Kabir no. 618, Ashhabani di dalam al-Targhib no. 11741, dan Ibnu Jauzi di dalam al-Wahiyat 2/43-45. Dengan komentar ringkas, hadith ini tidak sahih dan sanadnya wahi jiddan (teramat lemah).

Syeikh al-Albani menilai hadith ini di dalam Silsilah Hadith Dhaif 11/829 sebagai dhaif.

Syeikh al-Huwaini menilai hadith ini di dalam Fatwa Hadithiyyah al-Huwaini hal. 285-287 sebagai munkar jiddan menghampiri maudhu'.

Ibnu Rejab mendhaifkan hadith ini di dalam Lathaif Ma'arif no. 374.



Rujukan

Fatwa Islamweb no. 113463

Fatwa Syabakah Islamiyah 3/1727




No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...