Thursday 20 June 2019

Jangan jadikan rumah kalian seperti kuburan



Hadith 1


Matan Hadith


لاَ تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ


Terjemahan

Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah.


Takhrij

HR. Muslim, Kitab Solat al-Musafirin wa Qashriha, Bab Istihbab Solati al-Nafilah fi Baitihi wa Jawaziha fil Masjid no. 780, dari Abu Hurairah, sahih ijma'

Juga diriwayatkan oleh Sunan Tirmidzi no. 2877 dan Musnad Ahmad no. 7487.




Hadith 2

Matan Hadith


مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا


Terjemahan

Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah.


Takhrij

HR. Ad-Darimi, Kitab Fadhail al-Quran, Bab Fadhl Awwal Surah al-Baqarah wa Ayat al-Kursi, dari Abdullah (yakni Ibnu Mas'ud), no. 3425. Husain ad-Darani menilai hadith ini munqathi' (dhaif) dan perawinya tsiqah.

Imam al-Haithami mengatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani dan perawi-perawinya adalah sahih melainkan al-Sya’bi kerana beliau tidak mendengar (hadith) daripada Ibn Mas’ud. (Majma’ al-Zawaid, 10/121)


Selain itu juga, Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghukum hadith ini sebagai mawquf serta perawinya adalah thiqah dan pada sanadnya inqitha’ (terputus). (Futuhat al-Rabbaniyyah, 284/3)

Juga didhaifkan of Ibnu Baaz (https://binbaz.org.sa/old/28995)


Nota tambahan

Walaupun hadith di atas (hadith 2) adalah mawquf serta terputus pada sanadnya, namun di sana terdapat sebahagian ulama’ yang membenarkan untuk beramal dengannya. Tambahan pula, terdapat hadith lain yang menguatkan hadith mawquf tersebut sebagaimana yang kami nyatakan di atas iaitu daripada sahih Imam Muslim (hadith 1 di atas).


Rujukan

Irsyad al-Hadith siri ke-178

Fatwa Nur 'Ala Darb no. 8422

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...