Matan Hadith
عن عمر بن الخطاب رضي الله
عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لما اقترف آدم الخطيئة قال يا رب
أسألك بحق محمد لما غفرت لي فقال الله : يا آدم و كيف عرفت محمدا و لم أخلقه ؟ قال
: يا رب لأنك لما خلقتني بيدك و نفخت في من روحك و رفعت رأسي فرأيت على قوائم
العرش مكتوبا لا إله إلا الله محمد رسول الله فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلى أحب
الخلق فقال الله : صدقت يا آدم إنه لأحب الخلق إلي ادعني بحقه فقد غفرت لك و لولا
محمد ما خلقتك
Terjemahan
Dari Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, ia
berkata: Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam (terjemahannya
berbunyi...),
“Tatkala Adam melakukan kesalahan, dia berkata: “Yaa
Rabb, aku memohon kepada-Mu DENGAN HAQ MUHAMMAD agar Engkau mengampuniku.”
Lalu berfirman Allah - dan Allah Maha mengetahui
dan Yang mengajarkan kita- : “Wahai Adam, bagaimana kamu mengenal Muhammad
sedang Aku belum menciptakannya (sebagai manusia) ?”
Adam menjawab: “Yaa Rabb, tatkala Engkau
menciptakanku dengan Tangan-Mu dan meniupkan ruh-Mu ke dalam diriku, maka
Engkau Mengangkat kepalaku, lalu aku melihat di atas KAKI-KAKI ARSY
TERTULIS ‘Laa Ilaaha illallaah MUHAMMADUR RASULULLAH’ sehingga aku tahu
bahwa Engkau tidak menambahkan ke dalam Nama-Mu kecuali MAKHLUK YANG PALING
ENGKAU CINTAI.”
Lalu Allah Berfirman: “Benar engkau wahai Adam,
sesungguhnya Muhammad adalah MAKHLUK YANG PALING AKU CINTAI, BERDOALAH KEPADAKU
DENGAN HAQ DIA, maka sungguh Aku Mengampunimu. SEKIRANYA TIDAK ADA MUHAMMAD,
MAKA AKU TIDAK MENCIPTAKANMU.”
Takhrij
HR. Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak no.4287, dan
beliau mengatakan sahih. Juga Al-Baihaqi di dalam Dalail Nubuwwah
5/488-489.
Imam Al-Hakim menyatakan hadith ini sahih al-Isnad.
Imam Adz-Dzahabi yang menyemak Al-Mustadrak
membantah dan menyatakan bahawa hadith ini adalah maudhu'/palsu.
Kata Imam Al-Baihaqi:
Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam bersendirian dalam
meriwayatkan hadith ini. Beliau adalah dhaif.
Masalah utama kepada hadith ini ialah perawi yang
bernama Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam.
Kata Imam Ahmad - Dhaif.
Yahya bin Ma'in berkata - Dhaif.
Abu Hatim berkata: Hadithnya tidak kuat. Dia soleh
akan tetapi hadithnya lemah.
Ali al-Madini sangat mendhaifkannya.
Abu Zur'ah: Dhaif al-Hadis.
Ibnu Hibban: Dia matruk
Al-Hafiz Ibnu Hajar [An-Nukat ‘ala Kitab Ibn
As-Salah, 1/318] - dia bertanggungjawab terhadap pemalsuan hadith ini.
Ibnu Katsir dalam ‘Bidayah Wan Nihayah,
(2/323)-Hadith dhaif.
Syeikhal-Albani - palsu (Silsilah Hadith Dhaif no.
25)
Ibnu Taimiyyah menggunakan hadith ini untuk
menunjukkan contoh hadith yang palsu. (Majmu Fatawa 2/15-151)
*Kisah palsu/Israiliyyat berkenaan Nabi Adam dan
Hawa termasuk (https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=prTeNuW0WbM):-
- Nabi Adam diturunkan di India, Hawa di Jeddah
(HR.Ibnu Asakir di dalam Tarikh Dimasyq 7/437, dhaif)
- Penciptaan Nabi Adam dari pelbagai unsur dan
tanah berlainan tempat sampai beliau bersin apabila ditiupkan roh (Maulana Asri
- Palsu)
- Kisah taubat dan tangisan Nabi Adam 300 tahun di
dalam Kitab Jam`ul Fawaaid, hal. 255 - Palsu (Israilliyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir hal. 225, Jakim).
Kesimpulan
Hadith ini palsu sebagaimana yang disebutkan oleh
ulama hadith dalam hal ini.
Rujukan
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Fatwa Soaljawab Islam no.
34715
https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=prTeNuW0WbM
No comments:
Post a Comment