Thursday, 19 September 2019

Hadith amalan orang hidup dibentangkan kepada ibu bapa dua kali seminggu (isnin dan khamis) dan kepada Nabi saw pada hari Jumaat

Hadith 1


Matan hadith


حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ: حَدَّثَنَا الصَّلْتُ بْنُ دِينَارٍ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى عَشَائِرِكُمْ وَأَقْرِبَائِكُمْ فِي قُبُورِهِمْ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا بِهِ، وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ أَلْهِمْهُمْ أَنْ يَعْمَلُوا بِطَاعَتِكَ "


Terjemahan

Abu Daud telah menyampaikan hadith kepada kami: Ash-Shalt bin Dinar telah menyampaikan hadith ke kami dari al-Hasan dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu anhuma dia berkata," Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda," Sesungguhnya amalan-amalan kalian akan dilihatkan kepada keluarga dan kerabat kalian di kubur mereka. Jika (melihat) amal yang baik, mereka merasa bahagia dengannya. Dan jika (melihat) amal yang buruk, mereka berdoa, 'Ya Allah, berilah mereka ilham untuk melakukan amal taat kepada-Mu"


Takhrij

HR. Abu Daud ath-Thayalisi 3/340 no.1903. Di rangkaian perawi riwayat ini ada seorang perawi yang bernama ash-Shalt bin Dinar. Dia dikritik oleh ramai nuqqad.

Imam Ahmad berkata: Dia hadithnya ditinggalkan, orang-orang meninggalkan hadithnya. Ibnu Main berkata: Dia bukanlah apa-apa (lemah). Amr bin Ali berkata: dia banyak salah, hadithnya ditinggalkan. Yahya dan Abdurrahman tidak meriwayatkan darinya (Tahdzib at-Tahdzib 4/434-435).


Hadith 2


Matan hadith

إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَايِرِكُمْ مِنَ الْأَمْوَاتِ فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ لَا تُمِتْهُمْ حَتَّى تَهْدِيَهُمْ كَمَا هَدَيْتِنَا  

Terjemahan


Sesungguhnya amalan-amalan kamu akan dibentangkan ke atas kaum kerabat kamu dan ahli keluarga kamu yang telah mati. Jika baik (amalannya) maka mereka (yang telah mati) akan memberinya khabar gembira. Adapun jika sebaliknya, mereka berkata: “ Ya Allah, janganlah Kamu matikan mereka sehingga Kamu memberi mereka itu hidayah sebagaimana Engkau telah memberi kami hidayah.” 



Takhrij


HR. Ahmad no. 12683, daripada Anas bin Malik ra.

Ibn Hajar al-Haithami mengatakan di dalam riwayat Imam Ahmad ini terdapat perawi yang tidak dikenali. (Majma’ al-Zawaid 2/328-329). 

Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini dhaif disebabkan tidak diketahui perawi di antara Sufyan dan Anas bin Malik.



Hadith 3


Matan hadith


تُعْرَضُ الْأَعْماَلُ يَومَ الْإِثْنَيْنِ وَ الْخَمِيْسِ عَلَى اللهِ وَ تُعْرَضُ عَلَى الْأَنْبِياَءِ وَ عَلَى الْآباَءِ وَ الْأُمَّهاَتِ الْجُمْعَةَ فَيَفْرَحُونَ بِحَسَناَتِهِمْ وَ تَزْداَدُ وُجُوهُهُمْ بَياَضاً وَ إِشْراَقاً فَاتَّقُوا اللهَ وَ لاَ تُؤْذُوا أَمْواَتَكُمْ


Terjemahan


Amal akan diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah dan akan diperlihatkan kepada para Nabi dan ayah ibunya pada hari Jumaat.


Takhrij

HR. al-Hakim al-Tirmidzi dalam Nawadhir al Usul 2/260. Syeikh al-Albani menilai hadith ini maudhu' dalam Dhaif Jami' no. 2446.



Hadith 4


Matan hadith

 

وَإِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَائِرِكُمْ مِنْ أَهْلِ الآخِرَةِ ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا فَرِحُوا وَاسْتَبْشَرُوا


Terjemahan


Dan sesungguhnya amalan kamu akan dibentangkan kepada kaum kerabat kamu dan juga keluarga kamu yang mana mereka ini daripada kalangan ahli akhirat. Jika baik (amalan), mereka akan bergembira dan menyampaikan khabar gembira tersebut.” 


Takhrij


HR. at-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir no. 3887, daripada Abu Ayyub al-Ansari ra.


Dhaif menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 2/330 kerana dhaifnya perawi bernama Maslamah bin Ali.Imam Bukhari dan Ibnu Adi menilai beliau matrukul hadith (al-Kamil fi Dhuafa' 8/12).


Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 864.


Hadith 5


Matan hadith


حياتي خير لكم؛ تحدثون ويحدث لكم، فإذا أنا مت كانت وفاتي خيراً لكم؛ تعرض عليَّ أعمالكم، فإذا رأيت خيراً حمدت الله، وإن رأيت شراً استغفرت الله لكم


Terjemahan

Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.


Takhrij

HR. Ibu Sa'id dalam Thabaqat al-Kubra no. 1990, al-Harits dalam Musnadnya no. 953 daripada Bakr al-Muzani ra. Al-Bushiri dalam Ithaf al-Khiyarah 7/74 menilai hadith ini mursal dhaif.

Juga diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya 5/307, daripada Ibnu Mas'ud ra dan telah dinilai dhaif oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 975.



Secara kesimpulannya hadith-hadith dalam bab (orang meninggal mengetahui perihal orang hidup) ini tidak ada yang sahih untuk berhujah dengannya. Hal ini memerihalkan perkara ghaib, maka perlulah dilihat dari sudut nas kerana hanya Allah swt yang mengetahui perkara tersebut (https://www.alukah.net/sharia/0/141529/,Irsyad al-Hadith no. 246, Fatwa Soaljawab Islam no. 277471).


Sebahagian ulama mengatakan bahawa amalan orang-orang mukmin dibentangkan kepada kerabat mereka yang telah meninggal, jika mereka adalah orang-orang yang SOLEH, dan mereka ditanya tentang keadaan mereka (Fatwa Soaljawab Islam no. 277471).


Rujukan


Irsyad al-Hadith no. 246



https://www.alukah.net/sharia/0/141529/


Fatwa Soaljawab Islam no. 277471

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...