Matan hadith
إن الغضب من الشيطان وإن
الشيطان خلق من النار وإنما تطفأ النار بالماء، فإذا غضب أحدكم فليتوضأ
Terjemahan
Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan
air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.
Takhrij
HR. Abu Daud no. 4784 dan Ahmad no. 17985.
Komentar ulama'
Imam Abu Daud (Sunannya no. 4784) - mendiamkannya
Ibnu Hajar (Takhrij Misykatul Mashabih 4/474) -
hasan
Imam Nawawi (al-Khulashah 1/122) - dhaif
Syeikh al-Arnauth (Takhrij Musnad no. 17985) -
dhaiful isnad
Syeikh al-Albani (Silsilah Hadith Dhaif no. 581) -
dhaiful isnad
Ibn Baaz (Hasyiah Bulughul Maram no. 792) - hasan
Penjelasan
Ibn Mundzir berkata:-
إن ثبت هذا الحديث فإنما
الأمر به ندبا ليسكن الغضب ، ولا أعلم أحدا من أهل العلم يوجب الوضوء منه
Jika hadith ini sahih, perintah yang ada di
dalamnya adalah perintah anjuran untuk meredakan marah dan saya tidak
mengetahui ada ulama yang mewajibkan wudhu ketika marah (Al-Ausath, 1/189).
Beberapa pakar tetap menganjurkan untuk berwudhu,
tanpa diniatkan sebagai sunnah.
Terapi ini dilakukan hanya dalam rangka meredakan
panasnya emosi dan marah. Dr. Muhammad Najati mengatakan,
يشير هذا الحديث إلى حقيقة
طبية معروفة ، فالماء البارد يهدئ من فورة الدم الناشئة عن الانفعال ، كما يساعد
على تخفيف حالة التوتر العضلي والعصبي ، ولذلك كان الاستحمام يستخدم في الماضي في
العلاج النفسي
Hadith ini mengisyaratkan rahsia dalam ilmu
perubatan. Air yang sifatnya sejuk, boleh menurunkan panas darah bergejolak
yang muncul ketika emosi. Sebagaimana ini boleh digunakan untuk menurunkan
tekanan darah tinggi. Kerana itulah, di masa lampau, terapi mandi digunakan
untuk terapi psikologi (Hadith Nabawi wa Ilmu An-Nafs, hlm. 122).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 133861
No comments:
Post a Comment