Saturday, 12 October 2019

Hadith ahlul bait terperlihara dari neraka/maksum?



Ini bertitik tolak dengan kefahaman syiah yang mengakui kemaksuman ahlul bait berdasarkan hadith-hadith palsu dan lemah berkenaan ahlul bait.


Antaranya:-


Matan hadith

سألتُ ربِّي عزَّ و جلَّ أن لا يُدخلَ أحدًا مِن أهلِ بيتيَ النَّارَ فأَعطانيها


Terjemahan

Aku bermohon kepada Allah Azza wa Jalla untuk tidak memasukkan seorang pun dari Ahlul Baitku (keluargaku) ke dalam neraka, maka Allah mengabulkannya.


Takhrij

Hadith ini maudhu' (palsu) dan diriwayatkan oleh Ibnu Basyran dalam kitab al-Amali 1/56 dengan sanad dari Abu Sahl Ahmad bin Muhammad bin Abdillah bin Ziad al-Qathhthan, dari Muhammad bin Yunus, dari Abu Ali al-Hanafi, dari Israril, dari Abi Hamzah, dari Raja, dari Imran bin Husain ra.

Imam Nasaie berkata:-

Sanad hadith ini maudhu' (palsu). Abu Hamzah at-Tamali itu adalah Tsabit bin Abi Shafiyah. Ia bukan perawi sanad yang dapat dipercaya. Adapun Muhammad bin Yunus adalah orang yang bergelar al-Kudaimi yang sangat masyhur di kalangan muhaddisin sebagai pemalsu hadith.


Ini bercanggah dengan hadith yang sahih yang menunjukkan ahlul bait tidaklah maksum sehingga membolehkan mereka terlepas dari hukum/azab Allah swt jika mereka melakukan dosa.


Nabi SAW. bersabda:


يا معشر قريش اشتروا أنفسكم لا أغني عنكم من الله شيئا يا بني عبد مناف لا أغني عنكم من الله شيئا.يا عباس بن عبد المطلب لا أغني عنك من الله شيئا.ويا صفية عمة رسول الله لا أغني عنك من الله شيئا.ويا فاطمة بنت محمد سليني ما شئت من مالي لا أغني عنك من الله شيئا.

”Wahai orang-orang Qurays belilah diri kalian sendiri, saya tidak mampu membantu kalian sedikit pun dari azab Allah SWT., wahai Bani Manaf saya tidak mampu membantu kalian sedikit pun dari azab Allah SWT., wahai Abbas bin Abdul Muththalib saya tidak mampu membantu kalian sedikit pun dari azab Allah SWT., wahai Shafiyah ibu saudara Rasulullah, saya tidak mampu membantumu sedikit pun dari azab Allah, wahai Fatimah binti Muhammad, mintalah harta sebanyak apa pun dariku, tapi saya tidak mampu membantumu sedikit pun dari azab Allah.“ (HR. Bukhari no. 2753 dan Muslim no. 206)

Jika Fatimah, puteri Nabi saw  tidak mampu ditolong oleh ayahnya sendiri, bagaimanakah dengan keturunan di bawahnya, apalagi jika cuma pengakuan saja sebagai keturunannya.

Dalam hadith lain sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Umar yang terakam dalam Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan beberapa kitab hadith yang lain menceritakan akan Nabi saw tidak mengakui keturunannya yang melakukan maksiat.


كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُعُودًا، فَذَكَرَ الْفِتَنَ، فَأَكْثَرَ في ذِكْرِهَا حَتَّى ذَكَرَ فِتْنَةَ الْأَحْلَاسِ، فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَا فِتْنَةُ الْأَحْلَاسِ؟ قَالَ: " هِيَ فِتْنَةُ هَرَبٍ وَحَرَبٍ، ثُمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ، دَخَلُهَا أَوْ دَخَنُهَا مِنْ تَحْتِ قَدَمَيْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي، يَزْعُمُ أَنَّهُ مِنِّي، وَلَيْسَ ممِنِّي، إِنَّمَا وَلِيِّيَ الْمُتَّقُونَ، ثُمَّ يَصْطَلِحُ النَّاسُ عَلَى رَجُلٍ كَوَرِكٍ عَلَى ضِلَعٍ، ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ لَا تَدَعُ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ إِلَّا لَطَمَتْهُ لَطْمَةً، فَإِذَا قِيلَ انْقَطَعَتْ تَمَادَتْ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، حَتَّى يَصِيرَ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطَيْنِ، فُسْطَاطُ إِيمَانٍ لَا نِفَاقَ فِيهِ، وَفُسْطَاطُ نِفَاقٍ لَا إِيمَانَ فِيهِ، إِذَا كَانَ ذَاكُمْ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنَ الْيَوْمِ أَوْ غَدٍ


Maksudnya: “Kita pernah duduk bersama Rasulullah ﷺ. Beliau mengupas tentang aneka macam fitnah (ujian besar di akhir zaman). Beliau menjelaskan panjang lebar tentang fitnah-fitnah itu, hingga beliau menyinggung tentang fitnah ahlas.

Ada seseorang yang bertanya: “Ya Rasulallah, apa yang dimaksudkan dengan fitnah ahlas?’

Rasul menjawab:  ‘Iaitu; fitnah pelarian dan peperangan. Kemudian fitnah sarra’ (kerana banyak bermegah-megahan hingga lupa dan jatuh dalam perilaku maksiat), yang asapnya dari bawah kedua kaki seseorang dari ahli bait-ku; ia mengaku keturunan dariku, padahal bukan dariku. Kerana sesungguhnya orang-orang yang aku kasihi hanyalah orang-orang yang bertaqwa.

Kemudian manusia bersepakat pada seseorang seperti bertemunya pinggul di tulang rusuk. Setelah itu, fitnah duhaima’ yang tidak membiarkan ada seseorang dari umat ini kecuali terkena fitnah tersebut.

Jika dikatakan: ‘Ia telah selesai’, maka ia justeru berlanjutan. Di dalamnya ada seorang lelaki yang pada pagi harinya beriman, tetapi pada petang harinya menjadi kafir, sehingga manusia terbahagi menjadi dua kelompok, kelompok keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan kelompok kemunafikan yang tidak mengandungi keimanan.

Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan Dajjal pada hari itu atau besoknya.” (HR. Ahmad no. 6168, isnadnya disahihkan oleh Ahmad Syakir dan Al-Arnauth)


Menafsiri hadits di atas, Syekh Ali bin Muhammad Al-Qari, dalam karyanya Mirqatul Mafatih Syarah Misykatul Mashabih menjelaskan:


ــ (يَزْعُمُ أَنَّهُ مِنِّي) أَيْ: فِي الْفِعْلِ وَإِنْ كَانَ مِنِّي فِي النَّسَبِ، وَالْحَاصِلُ أَنَّ تِلْكَ الْفِتْنَةَ بِسَبَبِهِ، وَأَنَّهُ بَاعِثٌ عَلَى إِقَامَتِهَا (" وَلَيْسَ  مِنِّي ") أَيْ: مِنْ أَخِلَّائِي أَوْ مِنْ أَهْلِي فِي الْفِعْلِ ; لِأَنَّ لَوْ كَانَ مِنْ أَهْلِي لَمْ يُهَيِّجِ الْفِتْنَةَ، وَنَظِيرُهُ قَوْلُهُ تَعَالَى: {إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ  صَالِحٍ} ـ


Maksudnya: “Yang dimaksud ‘ia mengaku bahagian dariku’ adalah kerana secara lahir, kenyataannya memang ia sebahagian dariku (Nabi Muhammad) dalam sisi nasab. Adapun hasil nyatanya; fitnah tersebut ada kerana disebabkan olehnya, dan justru ia malah menjadi pembangkit fitnah tersebut.

Maka, Rasulullah bersabda ‘Laisa minni’, maksudnya adalah hakikatnya orang tersebut bukanlah ahli baitku (keluargaku). Sebab, apabila ia benar-benar ahli baitku (Rasulullah ﷺ), tentu ia tidak menyumbang kepada fitnah tersebut.

Hal itu mirip dengan firman Allah subhanahu wa ta’a ‘Sesunggunya dia bukanlah termasuk keluargamu, kerana perbuatannya sungguh tidak baik.’.” (Syekh Ali bin Muhammad Al-Qari, Mirqatul Mafatih Syarah Misykatul Mashabih, [Darul Fikr, Beirut, 2002), juz 8, halaman 3399).

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,

وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

“Barangsiapa yang lamban/sedikit amalnya, maka nasabnya tidak mampu mengejarnya” (HR. Muslim no. 2699, dari Abu Hurairah).

Siapa yang lamban amalnya, maka itu tidak mampu mengejar kedudukan mulia di sisi Allah walau ia memiliki nasab (keturunan) yang mulia. Nasabnya itu tidak mampu mengejar darjat mulia di sisi Allah. Kerana kedudukan mulia di sisi Allah adalah timbal balik dari amalan yang baik, bukan dari nasab. Sebagaimana yang Allah Ta’ala sebutkan dalam ayat lainnya,


فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلَا أَنْسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَاءَلُونَ


“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada pula mereka saling bertanya.” (QS. Al Mu’minun: 101). Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, 2: 308.

Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Siapa saja yang amalnya itu kurang, maka kedudukan mulianya tidak mampu menolong dirinya. Oleh keranaya, jangan terlalu berharap dari nasab atau silsilah keturunan dan keutamaan nenek moyang, akhirnya sedikit dalam beramal.” (Syarah Sahih Muslim, 17/21).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...