Matan hadith
لا يزال الجهاد حلوا أخضر ، ما قطر القطر من السماء ، وسيأتي على
الناس زمان يقول فيه قراء منهم : ليس هذا زمان جهاد ، فمن
أدرك ذلك الزمان ، فنعم زمان الجهاد ، قالوا : يا رسول الله ، واحد
يقول ذلك ؟ فقال : نعم ، من عليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين
Terjemahan
Diriwayatkan Ibnu Asakir dari Zaid bin Aslam dari Bapanya Bahawasanya
Rasulullah saw bersabda “Jihad akan selalu berasa manis dan menghijau selagi
hujan masih turun dari langit. Dan akan datang, suatu masa di mana sebhagian
ulama ada yang mengatakan, “sekarang bukan lagi zamannya untuk berjihad”, maka
barangsiapa menjumpai zaman tersebut, saat itulah sebaik-baik waktu untuk
berjihad”. Mereka (para sahabat RA) bertanya: Adakah orang yang akan mengatakan
begitu?”baginda menjawab Ada. Iaitu orang-orang yang mendapat laknat dari
Allah, malaikat dan seluruh umat manusia.
Takhrij
HR. Al-Dani dalam Sunan Waridah fi al-Fitan, no. 371, dari Zaid bin
Aslam. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq, 43/347,
dari Anas bin Malik. Sanad hadith ini dhaif jiddan sehingga boleh mencapai
palsu, kerana terdapat perawi yang matruk dan pendusta 'Abad bin Kasir
(Al-Tamheed 1/17).
Rujukan
Fatwa Islamweb no. 55223
No comments:
Post a Comment