Tuesday, 22 October 2019

Hadith suruhan selalu bersama Allah swt dan orang-orang yang selalu mendekatiNya


Matan hadith


"كن مع الله وإن لم تكن مع الله فكن مع من كان مع الله فإنه يوصلك إلى الله إن كنت معه"

Terjemahan


”Hendaklah engkau selalu bersama Allah. Jika tidak mampu, berusahalah selalu bersama orang-orang yang dekat dengan Allah. Kerana sesungguhnya orang itulah yang akan menyampaikanmu kepada Allah


Takhrij


HN. An-Nazili dalam Kitab Khazinatul Asrar hal. 227. Tanpa sanad.


Hadith-hadith seangkatan bab ini:

وَفىِ حَدِيْثٍ آخَرْ اَلشَّيْخُ فِى قَوْمِهِ كَالنَّبِيِّ فِى أُمَّتِهِ

Rasulullah SAW bersabda: "Syaikh (guru/orang alim lagi soleh) diibaratkan nabi bagi kaumnya

Ibnu Taimiyah berkata, Bukan kalam Nabi saw (Ahadith Qussas 1/68)



عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِسْتَكْثَرُوْا مِنَ اْلاِخْوَانِ فَاِنَّ اللهَ تََعَالىَ حَيٌّ كَرِيْمٌ يَسْتَحْيِىْ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ يُعَذِّبَهُ بَيْنَ اِخْوَانِه يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Rasulullah SAW bersabda: Perbanyaklah engkau berteman (orang soleh) kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Hidup lagi Mulia. Pada hari kiamat Allah SWT malu untuk menyiksa hambaNya selagi ia bersama dengan teman-temannya

HN al-Zamakhyari dalam Rabi' al-Abrar wa Nusus al-Akhyar 1/355, al-Shafuri dalam Nuzhatul Majalis 2/208, juga ditemukan dalam Tafsir Ruhul Bayan Ismail al-Haqqi 5/363, DKI, tanpa sanad.



Renungan untuk pemahaman tambahan:-


Pentingnya sanad!


Menurut Muhammad Ali Wafa dalam Majalah Nabawi 05/12/2017, jika ditinjau dari kajian ilmu riwayat, hadith tersebut tidak memiliki sanad. Tidak adanya sanad menjadikan hadith ini bermasalah, lemah tidak memiliki dasar yang jelas.



Ibnu Mubarak meriwayatkan: 

اَلإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ وَلَوْلَا الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

Sanad adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang boleh berkata sekehendak hatinya (Muqaddimah Sahih Muslim, 1/15).



Muhammad bin Sirin berkata: 

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu mengambil agama kamu. (Muqaddimah Sahih Muslim 1/43-44)



Imam Muslim berkata:

فَإِذَا كَانَ الرَّاوِي لَهَا لَيْسَ بِمَعْدِنٍ لِلصِّدْقِ وَالْأَمَانَةِ ثُمَّ أَقْدَمَ عَلَى الرِّوَايَةِ عَنْهُ مَنْ قَدْ عَرَفَهُ وَلَمْ يُبَيِّنْ مَا فِيهِ لِغَيْرِهِ مِمَّنْ جَهِلَ مَعْرِفَتَهُ كَانَ آثِمًا بِفِعْلِهِ ذَلِكَ غَاشًّا لِعَوَامِّ الْمُسْلِمِينَ إِذْ لَا يُؤْمَنُ عَلَى بَعْضِ مَنْ سَمِعَ تِلْكَ الْأَخْبَارَ أَنْ يَسْتَعْمِلَهَا أَوْ يَسْتَعْمِلَ بَعْضَهَا وَلَعَلَّهَا أَوْ أَكْثَرَهَا أَكَاذِيبُ لَا أَصْلَ لَهَا

Jika perawi bagi hadith-hadith itu bukan merupakan sumber bagi kebenaran dan amanah kemudian orang yang memang mengenalinya memberanikan diri meriwayatkan daripadanya dan dia tidak menyatakan keburukan yang ada pada perawi tadi kepada orang lain iaitu orang-orang yang tidak tahu, maka dia berdosa dengan perbuatannya. Dia adalah penipu bagi orang-orang awam Islam kerana tidak selamat sebahagian orang yang mendengar cerita-cerita itu daripada mengamalkannya semua atau sebahagiannya. Dan barangkali semuanya itu atau kebanyakannya dusta belaka tidak ada puncanya. (Muqaddimah Sahih Muslim 1/22)



Sebuah ungkapan berharga Imam as-Syafie dalam ilmu hadith:-

وَجِمَاعُ هَذَا أَنَّهُ لَا يُقْبَلُ إِلَّا حَدِيثٌ ثَابِتٌ كَمَا لَا يُقْبَلُ مِنَ الشُّهُودِ إِلَّا مَنْ عُرِفَ عَدْلُهُ، فَإِذَا كَانَ الْحَدِيثُ مَجْهُولًا أَوْ مَرْغُوبًا عَمَّنْ حَمَلَهُ كَانَ كَمَا لَمْ يَأْتِ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِثَابِتٍ

“Kesimpulan dari semua ini, bahawa tidaklah (sebuah hadith) diterima kecuali hadith yang sah, sebagaimana tidaklah para saksi diterima (persaksiannya) kecuali orang yang dikenali keadilannya. Sehingga apabila hadith itu tidak diketahui atau dijarh perawinya, maka seakan hadits itu tidak ada, kerana ketidaksahannya.” (Ma’rifat Sunan Wal Atsar, 1/180).



Imam Malik berkata:

لا تحمل العلم عن أهل البدع، ولا تحمله عمن لا يعرف بالطلب، ولا عمن يكذب في حديث الناس وإن كان لا يكذب في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم.

“Jangan mengambil ilmu dari orang ahli bid’ah, serta janganlah menukilnya dari orang yang tak diketahui darimana ia mendapatkannya, dan tidak pula dari siapapun yang dalam perkataannya ada kebohongan, meskipun ia tidak berbohong dalam menyebutkan hadith Rasulullah saw.” (Risalah Ahli as Sunnah wal Jama’ah 7/1418).


Sehingga kemudian hadith seperti itu (tanpa sanad) dalam kajian ilmu hadith disebut sebagai hadith yang la ashla lahu atau laisa lahu ashl (tidak ada dasarnya). Hadith-hadith yang la ashla lahu seperti ini, tidak boleh dibenarkan kerana tergolong sebagai hadith maudhu’ (palsu). 


وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ يَأْتُونَكُمْ مِنَ الْأَحَادِيثِ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلَا آبَاؤُكُمْ ، فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ ، لَا يُضِلُّونَكُمْ وَلَا يَفْتِنُونَكُمْ .


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan ada di akhir zaman para Dajjal Pendusta membawa hadith-hadith kepada kalian yang tidak pernah kalian mendengarnya dan bapak-bapak kalian juga belum pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka oleh kalian, sehingga mereka tidak dapat menyesatkan kalian dan tidak pula dapat memfitnah kalian (HR. Muslim no. 8).


Rujukan

https://al-maktaba.org/book/28168/424

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...