Saturday, 12 October 2019

Hadith seruling Nabi Daud as


Matan hadith


يَا أَبَا مُوسَى لَقَدْ أُوتِيتَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِيرِ آلِ دَاوُدَ



Terjemahan

Wahai Abu Musa, sungguh, engkau telah diberi (suara seperti) seruling dari seruling-seruling keluarga Nabi Daud.


Takhrij

HR. Bukhari no.4660, Tirmidzi no. 3790, Nasaie no. 1009. Sahih ijma'.



Penjelasan


Seruling Daud ini bermaksud keindahan suara.

Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan makna hadith ini. Nabi Daud alaihissalam diberi wahyu oleh Allah berupa Kitab Zabur. Nabi Daud as melagukan bacaannya. Beliau memiliki suara yang indah sampai-sampai gunung-gunung dan burung-burung bertasbih bersamanya. Mereka berbaris menikmati indahnya bacaan beliau ketika membaca az-Zabur. Inilah makna sabda beliau. (Fatawa Nur ala Darb, asy-Syarith no. 341).

Gunung-gunung dan haiwan menikmati keindahan suara Nabi Daud as ketika membaca Zabur. Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyebut bahawa Abu Musa ra mendapatkan sebahagian dari keindahan suara itu, masyaAllah. Apabila Umar bin al-Khattab ra bertemu dengan Abu Musa, maka ia meminta Abu Musa untuk melantunkan Al-quran. Beliau berkata, "Buatlah kami rindu dengan Rabb kami wahai Abu Musa". (Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatu al-Musytaqin, hal.400).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...