Saturday, 12 October 2019

Hadith anak keturunan Fatimah ra dipelihara dari azab neraka



Matan hadith

إن فاطمة أحصنت فرجها فحرم الله ذريتها على النار


Terjemahan

Sesungguhnya Fatimah ra telah menjaga kemaluannya. Maka Allah swt mengharamkan anak cucunya dari api neraka.


Takhrij

HR. al-Hakim dalam Mustadraknya no. 4779, al-Hakim berkata sanadnya sahih, tetapi didhaifkan oleh az-Zahabi kerana tafarrudnya perawi bernama Muawwiyah dari Ibn Ghiyath. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (al-Majruhin 2/88), 'Uqaili (Dhu'afa al-Kabir 3/184- didhaifkan olehnya), Ibn Asakir (Tahzib 4/323), Abu Nua'aim (al-Hilyatul auliya' 4/209- ia berkata hadith ini gharib), al-Haithami (Majma Zawaid 9/205- didhaifkan oleh al-Haithami), Kanz 'Umal no. 3422, al-Maudhu'at Ibnu Jauzi 1/422, Tazkiratul Huffaz Ibn Qaisarini no. 123 -didhaifkan olehnya, Tarikh Asfahan 1/342 dan Tarikh Baghdad 3/54).
Juga disahihkan oleh as-Suyuthi (Jami' as-Saghir no. 2298).
al-Kinani berkata (Tanzih Syariah 1/417) - tiada penguat bagi hadith ini
as-Syaukani (Fawaid Majmu'ah hal. 392) - dhaif, tiada penguat
az-Zahabi (Mizan 'Itidal 3/217)  -  dhaif

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...