Tuesday, 22 October 2019

Hadith zikir pahala 40 juta kebaikan

Matan hadith


"عن تميم الداري عن رسول الله ﷺ أنه قال من قال أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إلها واحدا أحدا صمدا لم يتخذ صاحبة ولا ولدا ولم يكن له كفوا أحد عشر مرات كتب الله له أربعين ألف ألف حسنة"


Terjemahan

Barang siapa yang mengucapkan; ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAHU ILAAHAN WAAHIDAN SHAMADAN LAM YATTAKHIDZ SHAAHIBATAN WA LAM YAKUN LAHU KUFUWAN AHAD (aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang Esa, Tempat bergantung, tidak beristeri serta tidak beranak, dan tidak ada yang serupa denganNya) sebanyak sepuluh kali maka Allah mencatat baginya empat puluh juta kebaikan.


Takhrij

HR. Tirmidzi, Kitab Doa-doa Rasulullah saw, Bab Fadhail tasbih, takbir, tahlil dan tahmid, dari Tamim ad-Dari ra, no. 3473. 

Al-Tirmidzi berkata; hadith ini adalah hadith gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini. Dan Al Khalil bin Murrah bukanlah orang yang kuat menurut ulama hadith. Imam Bukhari mengatakan; ia adalah orang yang hadithnya mungkar.

Didhaifkan oleh Ibnu 'Adiy dalam Kamil Dhu'afa 3/505 kerana terdapat perawi matruk.

Didhaifkan oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 8/471.

Al-Arnauth berkata isnadnya dhaif dalam Takhrij Musnad no. 16957.


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...