Matan hadith
مَن قال حين يُصْبِحُ ثلاثَ مَرَّاتٍ : أعوذُ باللهِ السميعِ العليمِ ، من الشيطانِ الرجيمِ ، وقرأ ثلاثَ آياتٍ من آخِرِ سورةِ ( الْحَشْرِ ) ، وَكَّل اللهُ به سبعينَ ألفَ مَلَكٍ ، يُصَلُّون عليه حين يُمْسِي ، وإن مات في ذلك اليومِ ، مات شهيدًا ، ومَن قالها حين يُمْسِي كان بتلك المنزلةِ
Terjemahan
Dari Ma’qil bin Yasar, dari Nabi ﷺ bersabda, “ Barangsiapa membaca tiga kali di pagi hari,
أعوذُ باللهِ السميعِ العليمِ ، من الشيطانِ الرجيمِ،
Dan kemudian membaca tiga ayat terakhir Surah al-Hashr, Maka dengannya Allah akan mengutuskan 70,000 malaikat untuk mendoakannya hingga petang hari, dan sekiranya dia meninggal dunia pada hari tersebut, Ia mati dalam keadaan syahid dan barangsiapa mengucapkannya pada petang hari, kedudukannya sama seperti itu.”
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 2922 dan lafaz yang sama dalam Musnad Ahmad no. 20306, dinilai dhaif (lemah) oleh Muhaddith Al-Albani di dalam Silsilah Hadith Dhaif, no. 5732.
No comments:
Post a Comment