Saturday, 12 October 2019

Kelebihan istighfar memudahkan urusan dan rezeki tak disangka-sangka


Matan hadith


مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ



Terjemahan

 “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.


Takhrij

 HR. Abu Daud  no. 1518, Ibnu Majah no. 3809, Ahmad no. 2123.

Syeikh al-Arnauth menilai sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani.

Menurut Syeikh Muhsin al-‘Abbad al-Badr ketika mensyarahkan hadith ini berkata:


“Walaupun hadith ini dhaif dari sudut sanadnya  tetapi maknanya terdapat di dalam al-Qur’an ketika membahaskan berkaitan taqwa di dalam surah al-Thalaq 2 hingga 3. Selain itu, di dalam al-Qur’an juga menyatakan bahawa istighfar merupakan sebab mendapat rezeki sebagaimana di dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12”.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...