Matan
hadith
عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال : ليلة المعراج عندما وصلت إلى
السماء رأيت ملكاً له ألف يد وفي كل يد ألف إصبع وكان يعد بأصابعه، فسألت جبرائيل
عليه السلام عن اسمه وعن وظيفته وعمله، فقال إنه ملك موكل على عدد قطرات المطر
النازلة إلى الأرض .. فسألت الملك : هل تعلم عدد قطرات المطر النازلة من السماء
إلى الأرض منذ خلق الله الأرض ؟
فأجاب الملك : يا رسول الله (صلى الله عليه وسلم) والله الذي بعثك بالحق
نبياًَ إني لأعلم عدد قطرات المطر النازلة من السماء إلى الأرض عامة وكما أعلم
الساقطة في البحار والقفار والمعمورة والمزروعة والأرض السـبخة والمقابر.
قال النبي (صلى الله عليه وسلم): فتعجبت من ذكائه وذاكرته في الحساب ..
فقال الملك : يا رسول الله (صلى الله عليه وسلم) ولكني بما لدي من الأيدي والأصابع
وما عندي من الذاكرة والذكاء فإني أعجز من عد أمر واحد . فقلت له: وما ذاك الأمر ؟
قال الملك : إذا اجتمع عدد من أفراد أمتك في محفل وذكروا اسمك فصلوا عليك
. فحينذاك أعجز عن حفظ ما لهؤلاء من الأجر والثواب إزاء صلواتهم عليك ….
Terjemahan
Diriwayatkan
dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa beliau bersabda: “Disaat
aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki
1000 (seribu) tangan, di setiap tangan ada 1000 (seribu) jari. Malaikat itu
sedang menghitung dengan menggunakan jari-jemarinya. Aku bertanya kepada
malaikat Jibril alaihissalam, ‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’ Jibril
menjawab, ‘Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung
titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.’ Maka aku
(Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) bertanya kepada malaikat tadi,
‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke
bumi sejak Allah ciptakan bumi?.’ Malaikat
itupun berkata, ‘Wahai Rasulallah, demi yang telah mengutusmu dengan membawa
kebenaran, sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang
turun dari langit ke bumi. Dan aku juga mengetahui secara rinci berapa jumlah
titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di perkebunan, di
daratan yang bergaram, dan di pekuburan.’ Mendengar
huraian malaikat tadi, Rasuluallah shallallahu ‘alaihi wasallam sangat takjub
atas kecerdasan dan daya ingatnya dalam perhitungan. Kemudian malaikat tadi
berkata kepada beliau, ‘Wahai Rasulallah, walaupun aku memiliki seribu tangan
dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan (untuk menghitung
titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi), tapi aku tidak mampu
menghitung satu perkara.’ Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam pun bertanya, ‘Perkara apakah itu?.’ Malaikat
itupun menjawab, ‘(Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah), jika umatmu
berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada
saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan
Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu.’
Takhrij
Hadith ini ditemukan dalam Al-Mustadrah karangan, Syeikh An-Nuri 5/355, no. 72. Hadith ini
darjatnya Palsu (Maudhu’) dan Batil kerana Tidak Ada Asal-usulnya. Dan
diantara tanda atau ciri kepalsuannya adalah sebagai berikut:
1) Hadith
Palsu tersebut TIDAK ditemukan di dalam kitab-kitab hadith muktabar baik sahih
mahupun dhaif & palsu karya para ulama Sunnah.
2) Hadith
Palsu ini disebutkan di dalam kitab-kitab hadith karya para tokoh (baca:
pendeta) Syiah Rafidah dengan tanpa menyebutkan sanadnya. Dan juga disebutkan
di dalam laman sesawang mereka seperti:-
a. Kitab
Mustadrak Al-Wasa-il karya An-Nuri Ath-Thabrasi Ar-Rafidhi 5/355 hadith ke-72,
cetakan ke-2, pustaka Alul Bait.
b.
Manazilu Al-Akhirati Wal Mathalibu Al-Fakhiratu karya Abbas Al-Qummi
Ar-Rafidhi, cetakan Muassasah An-Nasyr Al-Islami.
c.
http://www.al-shia.org/html/id/service/maqalat/003/11.html
3) Apabila
ditinjau dari lafaznya, maka susunan kalimat hadith palsu tersebut tidak baik
dan tidak fasih. Sehingga sangat mustahil hadith ini datang dari Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana beliau telah diberi Allah mukjizat
jawami’ul kalim, yakni kemampuan berbicara dengan bahasa Arab yang paling fasih
dengan kalimat yang singkat namun maknanya luas dan padat. Sementara di dalam
hadith palsu ini terdapat kata Dzaakirah (ذاكرة) yang ertinya daya ingat,
dan Dzakaa’ (ذكاء)
yang ertinya kecerdasan, yang mana kedua kata itu termasuk kata-kata moden yang
sering diucapkan oleh orang-orang zaman sekarang. Sehingga dengan demikian
dapat disimpulkan bahawa orang yang memalsukan hadith ini bukan orang yang hidup
di zaman generasi salaf, tetapi ia hidup di zaman belakangan ini setelah
berlalunya generasi as-salaf.
4) Di
dalam hadith palsu ini disebutkan bahwa malaikat yang memiliki 1000 (seribu)
tangan, dan pada setiap tangan terdapat 1000 (seribu) jari mampu menghitung
jumlah titisan air hujan, maka hadith ini menjadi BATIL kerana bertentangan
dengan firman Allah ta’ala:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ
لاَ تُحْصُوهَا
Ertinya:
“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak mampu untuk
menghitungnya.” (QS. Ibrahim: 34).
Dan air
hujan merupakan salah satu nikmat dari sekian banyak nikmat Allah yang
dilimpahkan kepada hamba-hamba-nya. Maka bagaimana mungkin titisan air hujan
dapat dihitung jumlahnya malaikat atau makhluk lainnya?!
Rujukan
Fatwa
Islamweb no. 62461
https://dorar.net/fake-hadith/108
Yg tulis ni wahabi ke ? Mu ingat dpt tittle ulama ni mcm nk ambik phd ke ? Ulama besar pakai hadith ni. Ingat dia tak reti pakai hadith ke.ilmu ulama sanad bersmbung lagi2 para habaib darah Rasulallah mengalir dlm badan. Mu blaja sampai mana ni yang nak lawan ulama sunni.
ReplyDeleteTerima kasih atas penjelasan...sangat berguna, hadis ini cara penulisannya pun dah jelas palsu, cara dia menerangkan tentang malaikat
ReplyDeleteAlhamdulillah, terimakasih atas penjelasan. Hadis ini ada bau2 hadis kelebihan solat taraweh. Setelah bertahun selalu diketengahkan kpd masyarakat, skrg hadis2 palsu ini sudah terbantut putarannya. Hadis payung emas antara yg popular dlm ceramah2 ugama. Apa yg menjadi maslahnya ialah para pentaasub lebai2 dan guru2 mereka ini menjadi kritikal sehingga mengenepikan adab dalam menyanggah sesuatu hujjah.
ReplyDeleteSeruling Senja
ReplyDelete