Wednesday 27 November 2019

Hadith Nabi memohon keampunan ibubapanya dan wafat selepas kembali beriman



Matan hadith


حجَّ بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم حجة الوداع ، فمرَّ بي على عقبة الحجون وهو باكٍ حزين مغتم ، فبكيتُ لبكاء رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم إنه نزل فقال : يا حميراء استمسكي ، فاستند إلى البعير فمكث عني طويلاً ، ثم إنه عاد إليَّ وهو فرح مبتسم ، فقلت له : بأبي أنت وأمي يا رسول الله ، نزلت من عندي وأنت حزين مغتم فبكيت لبكائك ، ثم إنك عدت إليّ وأنت فرح مبتسم ، فعَمَ ذا يا رسول الله ؟ فقال : ذهبت لقبر أمي آمنة فسألت الله أن يحييها فأحياها ، فآمنت بي وردها الله عز وجل


Terjemahan

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan haji wada’ bersama kami. Ketika beliau melewati Aqabah al-Hajun, beliau menangis, sangat sedih. Akupun ikut menangis, kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menangis. Kemudian beliau turun dari untanya, dan mengatakan, “Ya Humaira, berhentilah.” Lalu beliau bersandar di untanya, dan membiarkan aku dalam waktu lama. lalu beliau kembali lagi menampakkan rasa senang sambil tersenyum. Akupun bertanya, “Ayah dan ibuku jadi tebusannya, Ya Rasulullah, anda turun tadi dalam keadaan sedih, akupun menangis kerana anda menangis. Lalu anda kembali dengan senang dan tersenyum. Ada apa Ya Rasulullah?”

Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

Aku berziarah ke makam ibuku Aminah, lalu aku memohon kepada Allah agar Dia menghidupkannya. Lalu Allah-pun menghidupkannya. Lalu beliau beriman kepadaku, kemudian Allah kembalikan ke kuburannya.


Takhrij

HR. Ibnu Syahin dalam Nasakh wa Mansukh no. 656, al-Khatabi dalam Al-Sabiq wa al-Lahiq dari Aisyah ra, sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam al-Hawi 2/440.

Al-Baijuri dalam Hasyiyah Al-Baijur, hal. 14 - sahih menurut sebahagian ahli hakikat.

As-Suyuthi dalam Qasais Kubra 2/40 - dhaif kerana terdapat perawi yang majhul: -

Imam al-Suyuthi r.a. berpendapat bahawa kedua ibu bapa Rasulullah s.a.w. selamat daripada kebinasaan di mana Allah Ta'ala telah menghidupkan mereka selepas mereka wafat dan mereka telah beriman dengannya. As-Suyuthi berpendapat hadith ini menjadi penyokong walaupun lemah. Pendapat ini adalah pendapat yang disanggah oleh kebanyakan ahli ilmu dan majoriti ulama hadith. Mereka menghukum hadith-hadith yang mengatakan ibubapa hidup dan kembali beriman sebagai samada hadith yang palsu atau amat lemah ('Aun Ma'bud 12/358).


Mulla Ali Qari dalam al-Asrar Marfuah, hal. 83 - maudhu'

Imam Zarqani dalam Syarah Mawahib al-Laduniyah 1/349 - hadith wahi

Ibnu 'Asakir dalam Gharaib Malik seperti yang disebutkan oleh as-Suyuthi dalam al-Rasail 'Asyara, hal. 107 daln Lisanul Mizan 4/111 - munkar

Al-Jauzaqani dalam al-Abatil wal Manakir 1/377 - hadith batil

Al-'Ajuluni dalam Kaayaful Khafa 1/63 - dhaif menurut kesepakatan ulama hadith

Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/283 - maudhu'

Az-Zahabi dalam Tartib Maudhuat no. 77 - dusta, "semoga Allah memburukkan oranf yang mereka hadith ini"

Ibnu Katsir dalam Bidayah wa Nihayah 2/261 - munkar jiddan

As-Sakhawi dalam al-Ajuwbah Mardhiyyah 3/968 - tersangat lemah (wahi jiddan)

Ibnu Dahiyah berkata - hadith ini adalah maudhu’, Al-Qur’an dan sunnah telah membantahnya. Lalu menyebut firman Allah swt:-

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang" Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.” (QS. Al-Nisa’: 18)

Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan 6/101 - didhaifkan oleh ad-Daruquthni (munkar lagi batil melalu perawi bernama Ali bin Ahmad Al-Ka’bi)

Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan 5/479 - terdapat perawi mutham (Ali bin Ahmad al-Ka'bi)


Ibnu Taimiyyah berkata:-

Tidak sah riwayat ini daripada sesiapapun di kalangan pakar hadith. Bahkan para ulama bersepakat bahawa perkara itu adalah bohong dan rekaan… Tiada khilaf di kalangan para ulama bahawa itu amat jelas kepalsuannya seperti yang dinyatakan oleh para ulama. Riwayat itu tidak terdapat dalam kitab-kitab muktabar dalam hadith; tidak dalam kitab sahih

, sunan, musnad mahupun apa sahaja kitab-kitab hadith yang masyhur. Ianya tidak juga dinyatakan oleh pengarang-pengarang kitab sejarah dan tafsir walaupun mereka ada juga meriwayatkan hadith da’if di samping sahih. Ini kerana kejelasan pembohongan riwayat itu tidak tersembunyi langsung ke atas mana-mana orang yang beragama (Majmu’ al-Fatawa. 4/325-327).

"Semua hadith yang berkenaan penghidupan semula ibu bapa Rasulullah s.a.w. dan keimanan mereka berdua serta keselamatan mereka kebanyakannya adalah palsu, bohong lagi direka dan sebahagiannya pula adalah sangat dhaif. Ianya tidak sahih sama sekali dengan kesepakatan imam-imam hadith ke atas pemalsuannya, seperti al-Daraqutni, Ibn Shahin, al-Khatib, Ibn 'Asakir, Ibn Nasir, Ibn al-Jauzi, al-Suhayli, al-Qurtubi, al-Muhibbudin al-Tabari, Fath al-Din bin Sayyid al-Nas, Ibrahim al-Halibi dan banyak lagi ('Aun Ma'bud 12/358; Sabil al-Hadi wal Irsyad 2/123).


Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...