Wednesday 27 November 2019

Hadith roh mengetahui perbuatan keluarganya yang masih hidup




Ulama berbeza pendapat apakah kes semacam ini berlaku untuk semua keadaan. Dalam erti mayat boleh mendengar dan mengetahui semua keadaan orang yang masih hidup.

Sebagian menegaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya dengan izin Allah, dan dia di alam kubur. Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, Ibnul Qayyim menyebutkan bahawa terdapat berbagai riwayat dari para ulama masa silam yang menjelaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya. Dia merasa senang ketika keluarganya dalam keadaan baik, dan dia merasa sedih ketika keluarganya dalam keadaan tidak baik.

Mereka yang menegaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya, berdalil dengan hadith dari Anas. Namun hadith statusnya lemah, kerana ada perawi yang tidak disebutkan namanya (Majma’ Zawaid, 2/329).

Dalam riwayat lain dari Abu Ayyub, diriwayatkan Thabrani dalam Mu’jam Al-Kabir, namun dalam sanadnya terdapat perawi bernama Maslamah bin Ali Al-Khusyani, dan dia perawi dhaif. Maslamah bin Ali orang syam, perawi yang lemah, dan matruk (ditinggalkan). Sebagaimana dijelaskan dalam Mizan I’tidal (4/109). Ringkasnya, hadith dalam masalah ini tidak sahih.

Adapun Atsar yang disebutkan Ibnul Qayyim dalam Ar-Ruh, dinukil dari kitab Al-Qubur karya Ibnu Abi Ad-Dunya. Dan atsar-atsar ini dinilai bermasalah (Multaqa Ahlulhadits, 52691).

Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al-Barrak mengatakan


والميت كذلك لا يعلم بشيء من أحوالهم لأنه غائب عنهم في نعيم أو عذاب ، ولكن قد يُطلع الله بعض الموتى على بعض أحوال أهله ولكن دون تحديد. وقد جاءت آثار لا يعتمد عليها بأن الأموات قد يعرفون أشياء من أحوال أهلهم


Demikian pula mayat, dia tidak mengetahui keadaan keluarganya, kerana dia tidak ada di tengah-tengah mereka. Mereka sibuk dalam kenikmatan atau azab. Hanya saja, terkadang Allah tampakkan kepada beberapa mayat sebagian keadaan keluarganya, namun ini tanpa batasan waktu tertentu. Terdapat beberapa atsar (riwayat dari para ulama) tentang hal ini yang belum boleh dijadikan dalil (kerana perlu dilakukan semakan penelitian) yang menyebutkan bahawa mayat terkadang mengetahui keadaan keluarganya (Fatwa Soaljawab Islam no. 13183).

Mengingat keterangan semacam ini belum jelas, sebagian ulama menasihatkan agar tidak kita tidak disibukkan dengan pembahasan semacam ini. Kerana tidak memberikan banyak manfaat. Yang lebih penting, kita berusaha menunaikan semua yang menjadi tanggungan mayat, seperti utang, nadzar, fidyah, wasiat, dan semacamnya. Sehingga tidak ada beban baginya yang tidak ditunaikan. Kemudian kita berusaha menjadi hamba yang baik, bertaqwa kepada Allah, baik jenazah boleh mengetahui keadaan kita, atau tidak.

Nasihat semacam ini pernah disampaikan Ibnu Utsaimin. Ketika beliau ditanya, apakah mayat boleh mengetahui keadaan keluarganya atau tidak?


أما السؤال وهو: معرفة الميت ما يصنعه أهله في الدنيا؟ فإنني لا أعلم في ذلك أثراً صحيحاً يعتمد عليه.
وعلى أية حال فلا نرى نفعا في البحث عن هذا الأمر، والذي ينفعك أنك إذا كنت كذبت فالواجب عليك التوبة إلى الله، والتوبة تمحو ما قبلها، …. ، والانشغال بقبول التوبة، وإصلاح النفس بدلا من الانشغال بمعرفة الميت بهذا الأمر.


Adapun pertanyaan, apakah mayat mengetahui apa yang dilakukan keluarganya di dunia? Saya tidak mengetahui atsar (riwayat) yang sahih yang boleh dijadikan dalil. Namun apapun itu, saya berpendapat tidak ada banyak manfaat untuk melakukan pembahasan masalah ini. Pelajaran yang bermanfaat bagi anda, bahawa jika anda mendustakan hal itu maka anda wajib bertaubat kepada Allah. Dan taubat boleh menghapus dosa sebelumnya. … dan hendaknya anda sibukkan diri agar diterima taubatnya, dan memperbaiki diri, dari pada menyibukkan diri dengan mengetahui keadaan mayat semacam ini (Fatawa Syabakah Islamiyah no. 192755).



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 13183

Fatawa Syabakah Islamiyah no. 192755

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...