Wednesday 27 November 2019

Hadith orang meninggal dunia bertemu dalam mimpi orang hidup



Terdapat banyak keterangan dari ulama yang menyatakan bahawa roh orang yang telah meninggal boleh berjumpa dengan roh orang yang masih hidup dalam mimpi.

Berikut beberapa keterangan mereka,


Pertama,

Tafsir firman Allah di surat Az-Zumar ayat 42.

Allah berfirman,

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) roh (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka Dia tahanlah roh (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan roh yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” (QS. Az-Zumar : 42)

Ada dua pendapat ahli tafsir tentang ayat ini. Salah satunya, bahawa roh orang yang ditahan adalah roh orang yang sudah meninggal, sehingga dia tidak lagi boleh kembali ke jasadnya di dunia. Sedangkan roh orang yang dilepas adalah roh orang yang tidur. (Ar-Roh, Ibnul Qayyim, hlm. 31).

Diriwayatkan dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau menjelaskan tafsir ayat tersebut,


إِنَّ أَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ وَالْأَمْوَاتِ تَلْتَقِي فِي الْمَنَامِ فَتَتَعَارَفُ مَا شَاءَ اللَّهُ مِنْهَا، فَإِذَا أَرَادَ جَمِيعُهَا الرُّجُوعَ إِلَى الْأَجْسَادِ أَمْسَكَ اللَّهُ أَرْوَاحَ الْأَمْوَاتِ عِنْدَهُ، وَأَرْسَلَ أَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ إِلَى أَجْسَادِهَا

“Sesungguhnya roh orang yang hidup dan roh orang mati bertemu dalam mimpi. Mereka saling mengenal sesuai yang Allah kehendaki. Ketika masing-masing hendak kembali ke jasadnya, Allah menahan roh orang yang sudah mati di sisi-Nya, dan Allah melepaskan roh orang yang masih hidup ke jasadnya.” (Tafsir At-Thabari 21/298, Al-Qurthubi 15/260, An-Nasafi 4/56, Zadul Masir Ibnul Jauzi 4/20, dan beberapa tafsir lainnya).



Kejadian nyata yang dialami para sahabat

Matan


قصة ثابت بن قيس رضي الله عنه قصة ثابتة: لما استشهد رضي الله عنه في معركة اليمامة، وكانت عليه درع نفيسة، فأخذها أحد المسلمين، فبينما أحد المسلمين نائم، إذ أتاه ثابت بن قيس في منامه وقال له: أوصيك بوصية فإياك أن تقول: هذا حلم فتضيعه، إني لما قٌتلت مر بي رجل من المسلمين وأخذ درعي، ومنزله في أقصى الناس، وعند خبائه فرس يستن في طوله: (أي يمرح في حبله المشدود)، وقد كفأ على الدرع برمة (قدر)، وفوق البرمة رحل، فأتِ خالداً فمُره أن يبعث إليَّ درعي فيأخذها، فإذا قدمت إلى خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلم أبي بكر فقل له: إن عليَّ من الدين كذا وكذا، وفلان من رقيقي عتيق، فأتى الرجل خالداً فأخبره، فبعث إلى الدرع فأُتي بها، وحدث أبا بكر برؤياه فأجاز وصيته بعد موته، ولذا قيل: لا يُعلم أحد أجيزت وصيته بعد موته إلا ثابت بن قيس رضي الله عنه.رابط المادة


Kejadian ini pernah dialami seorang sahabat yang dijamin masuk surga kerana kerendahan hatinya. Beliaulah sahabat Tsabit bin Qais radhiyallahu ‘anhu. Peristiwa ini terjadi ketika perang Yamamah, menyerang nabi palsu Musailamah Al-Kadzab di zaman Abu Bakar. Dalam peperangan itu, Tsabit termasuk sahabat yang mati syahid. Ketika itu, Tsabit memakai baju besi yang cukup bernilai harganya.

Sampai akhirnya lewatlah seseorang dan menemukan jasad Tsabit. Orang ini mengambil baju besi Tsabit dan membawanya pulang. Setelah peristiwa ini, ada salah seorang mukmin bermimpi, dia didatangi Tsabit bin Qais. Tsabit berpesan kepada si Mukmin dalam mimpi itu:

“Saya wasiatkan kepada kamu, dan jangan kamu katakan, ‘Ini hanya mimpi sia-sia’ kemudian kamu tidak mempedulikannya. Ketika saya mati, ada seseorang yang melewati jenazahku dan mengambil baju besiku. Tinggalnya di paling hujung sana. Di kemahnya ada kuda yang dia gunakan membantu kegiatannya. Dia meletakkan sebuah bekas di atas baju besiku, dan diatasnya ada pelana. Datangi Khalid bin Walid, minta beliau untuk menugaskan orang agar mengambil baju besiku. Dan jika kamu bertemu Khalifah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (iaitu Abu Bakr), sampaikan bahawa saya punya tanggungan hutang sekian dan punya piutang banyak sekian. Sementara budakku fulan, statusnya merdeka. Sekali lagi jangan kamu katakan, ‘Ini hanya mimpi sia-sia’ kemudian kamu tidak mempedulikannya.”

Setelah bangun, orang ini pun menemui Khalid bin Walid radhiyallahu ‘anhu dan menyampaikan kisah mimpinya bertemu Tsabit. Sang panglima, Khalid bin Walid mengutus beberapa orang untuk mengambil baju besi itu, dia memperhatikan kemah yang paling hujung, ternyata ada seekor kuda yang disiapkan. Mereka melihat isi kemah, ternyata tidak ada orangnya. Merekapun masuk, dan langsung mengalihkan pelana. Ternyata di bawahnya ada sebuah bekas. Kemudian mereka mengangkat bekas itu, ketemulah baju besi itu. Merekapun membawa baju besi itu menghadap Khalid bin Walid.

Setelah sampai Madinah, orang itu penyampaikan mimpinya kepada Khalifah Abu Bakr As-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu, dan beliau membolehkan untuk melaksanakan wasiat Tsabit. Para sahabat mengatakan, “Kami tidak pernah mengetahui ada seorangpun yang wasiatnya dilaksanakan, padahal baru disampaikan setelah orangnya meninggal, selain wasiat Tsabit bin Qais. (HR. Al-Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwah 5/162, no. 2638) dan Al-Bushiri dalam Al-Ittihaf 3010, at-Thabarani dalam Mu’jam Kabir 2/70, no. 1320, al-Hakim 3/234-235 dan al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/535-536, no. 15784 para perawinya adalah perawi hadith sahih, disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi)

Kes semacam ini juga terjadi pada beberapa ulama. Kisah-kisah mereka banyak disebutkan Ibnul Qayyim dalam bukunya Ar-Ruh (hlm. 30 – 48). Salah satunya adalah kisah sahabat tsabit bin Qais di atas.

Ini semua menunjukkan bahawa roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dalam mimpi.

DAN perlu diingat tiada apa-apa menunjukkan satu ketetapan bolehnya mengambil hukum dari mimpi sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Khalid bin Ali al-Masyaikhih (Fatwa Islamway no. 55121). Mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum. Adapun bagi kes-kesan bukan hujah hukum, seseorang boleh mengetahui perihal orang yang telah mati melalui mimpinya, dan ia bergantung kepada kesalehan dan kejujuran empunya orang yang melihat mimpi tersebut sama ada dia benar atau tidak dan kebolehannya mentafsir mimpi tersebut. Dan seharusnya tidak meletakkan keyakinan kepada mimpi tersebut melainkan terdapat petunjuk-petunjuk yang meyokong mimpi tersebut secara realiti (Fatwa Soaljawab Islam no. 13183). Ibnu Hajar berkata dalam hal ini mimpi boleh jadi benar atau batil sehingga tidak boleh menolak semuanya atau menerima semuanya (Fathul Bari 6/369).


Rujukan

https://konsultasisyariah.com/28912-bertemu-mayat-dalam-mimpi.html

https://ar.islamway.net/fatwa55121

Mereka Adalah Para Shahabat, Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya, Penerbit at-Tibyan, Hal.13-18

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...