Matan
hadith
مَن سَرَّه أن يَحيا حياتي، ويموتَ مماتي، ويسكنَ جنةَ عَدْنٍ غَرَسَها،
ربي فَلْيُوالِ عَلِيًّا من بعدي، ولْيُوالِ ولِيَّهُ، ولْيَقْتَدِ بالأئمةِ من
بعدي، فإنهم عِتْرَتِي خُلِقُوا من طينتي، رُزِقوا فَهْمًا وعِلمًا، وويلٌ
للمكذبين بفضلِهم من أمتي، القاطعين فيهم صِلَتِي، لا أنالَهم اللهُ شفاعتي
Terjemahan
Barangsiapa
senang hidup seperti kehidupanku dan mati seperti matiku, dan tinggal di dalam
syurga ‘And yang Allah ciptakan, maka hendaklah menjadikan Ali sebagai walinya
(pemimpin) setelah peninggalanku, kemudian menjadikan wali penggantinya, dan
mengikut para imam sesudahku, kerana meraka adalah zurriatku ( keturunanku )
dan diciptakan Allah swt dari darah dagingku serta mereka dikurniakan
pengertian (kefahaman) dariku dan ilmuku. Celakalah bagi orang-orang yang
mendustakan kemuliaannya mereka dari umatku dengan sengaja memutuskan hubungan
darahnya denganku, maka jelaslah Allah Ta'ala tidak akan menurunkan syafaatku.
Takhrij
HR. Abu
Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 1/128, hadith gharib.
Syeikh
al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 894.
Matan
hadith
الزموا مودتنا اهل البيتي ، فإنه من لقي الله عز وجل، وهو يودنا دخل
الجنة بشفاعتنا ، والذ نفسي بيده لاينفع عبدا عمله الا بنعرفة حقنا
Terjemahan
Hendaklah
kalian (umat islam) tetap memelihara kasih sayang pada ahlul bait kami. Kerana
sesungguhnya siapa yang bertemu dengan Allah azza wa jalla ( kelak ) dalam
keadaan mencintai kami, ia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi Allah
yang menguasai nyawaku ! amal seorang hamba Allah takkan bermanfaat bagi
dirinya, kecuali dengan mengenal hak-hak kami.
Takhrij
HR.
at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 2230.
Syeikh
al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no.
4916.
Sayyid
Abdullah Al-Haddad mengingatkan agar dalam memberikan penghormatan dan
kecintaan kepada Ahlul Bait, kaum Muslimin bersikap wajar dan tidak
berlebih-lebihan (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah 2/89).
Adapun
sikap kita terhadap Ahlul Bait yang menyimpang dari apa yang dicontohkan
Rasulullah ﷺ, Sayyid Abdullah Al-Haddad mengimbau agar mereka tetap dihormati
semata-mata kerana mereka adalah kerabat Nabi Muhammmad ﷺ dengan tidak
meninggalkan perlunya memberikan nasihat kepada mereka sebagaimana kutipan
berikut:
وأما من كان من أهل هذا
البيت ليس على مثل طرائق أسلافهم الطاهرين، وقد دخل عليهم شيئ من التخليط لغلبة
الجهل، فينبغي أيضا أن يعظّموا ويحترموا لقرابتهم من رسول الله الله صلى الله عليه
وسلم. ولا يدعوا المتأهل للنصيحة نصحههم وحثّهم على الأخذ بما كان عليه سلفهم
الصالح, من العلم والعمل الصالح، والأخلاق الحسنة والسيرالمرضية.
“Adapun
mereka yang berasal dari keluarga dan keturunan Rasulullah ini yang tidak
menempuh jalan leluhur mereka yang disucikan, lalu mencampur adukkan antara
yang baik dan yang buruk disebabkan kejahilannya, hendaklah juga mereka tetap
dihormati semata-mata kerana kekerabatan mereka dengan Nabi ﷺ. Namun siapa saja
yang memiliki keahlian atau kedudukan untuk memberi nasihat, hendaknya tidak
segan-segan menasihati dan mendorong mereka kembali menempuh jalan hidup para
pendahulu mereka yang saleh-saleh, yang berilmu dan beramal kebajikan,
berakhlak terpuji dan berperilaku luhur.” (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul
al-Hikamiyyah 2/90).
Sayyid
Abdullah Al-Haddad tidak bersetuju atas anggapan yang ahlul bait yang
menyimpang tidak perlu diingatkan kerana mereka kebal dan kelak mereka menerima
syafaat Nabi saw, sebagaimana kutipan berikut:
فيقول هؤلاء أهل بيت
رسول الله صلى الله عليه وسلم، ورسول الله شفيع لهم، ولعل الذنوب لا تضرهم، وهذا
قول شنيع، يضر القائل به نفسه، ويضر به غيره من الجاهلين، وكيف يقول أحد ذالك وفي
كتاب الله العزيز ما يدل غلى اهل أن أهل البيت يضاعف لهم الثواب على الحسنات،
والعقاب على السيئات.
“Ada yang
mengatakan,”Biarlah, mereka adalah dari Ahlul Bait, Rasulullah ﷺ pasti akan
bersyafaat kepada mereka, dan mungkin pula dosa-dosa yang mereka lakukan tak
akan menjadi mudarat atas mereka.” Sungguh ini adalah ucapan yang amat buruk,
yang menimbulkan mudarat bagi si pembicara sendiri dan bagi orang-orang lainnya
yang tergolong kaum jahil. Bagaimana bisa seseorang berkata seperti itu,
sedangkan dalam Al-Qurán, Kitab Allah yang mulia terdapat petunjuk bahawa
anggota keluarga Rasulullah saw dilipat gandakan bagi mereka pahala amal
baiknya, demikian pula hukuman atas perbuatan buruknya.” (Al-Fushul
al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah 2/88).
Sangat
jelas bahawa Sayyid Abdullah Al-Haddad tidak setuju terhadap anggapan bahawa
orang-orang tertentu seperti Ahlul Bait memiliki kekebalan hukum atas
hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah subhanahu wataála disebakan kemuliaan
nasabnya yang bersambung kepada Rasulullah. Ulama yang diyakini sebagai
pembaharu abad 11 hijriyah ini menyebut orang yang memiliki anggapan seperti
itu telah melakukan perbuatan dusta tentang Allah subhanahu wataála serta
menyalahi ijma’ seluruh kaum Muslilimin. (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul
al-Hikamiyyah 2/89).
Sebelumnya
pada halaman 87, Sayyid Abdullah Al-Haddad mengutip sebuah hadith Rasulullah ﷺ
yang diriwayatkan dari Abu Hurairah. Hadith itu berisi peringatan kepada puteri
baginda, Fathimah agar tidak mengharapkan pembelaan dari ayahnya di hadapan
Allah subhanu wa taála sebagai berikut:
يا فاطمة بنت ممدs لا أغني عنكِ من الله
شيئا
“Hai
Fathimah binti Muhammad, sungguh aku takkan cukup sebagai pembelamu di hadapan
Allah.” (HR. Bukhari no. 2753 dan Muslim no. 206).
No comments:
Post a Comment