Wednesday 8 January 2020

Hadith 12 golongan di padang mahsyar



Matan hadith


وروي من حديث معاذ بن جبل قلت : يا رسول الله ! أرأيت قول الله تعالى : يوم ينفخ في الصور فتأتون أفواجا) فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : " يا معاذ بن جبل لقد سألت عن أمر عظيم " ثم أرسل عينيه باكيا ، ثم قال : " يحشر عشرة أصناف من أمتي أشتاتا قد ميزهم الله [ ص: 153 ] تعالى من جماعات المسلمين ، وبدل صورهم ، فمنهم على صورة القردة وبعضهم على صورة الخنازير وبعضهم منكسون : أرجلهم أعلاهم ، ووجوههم يسحبون عليها ، وبعضهم عمي يترددون ، وبعضهم صم بكم لا يعقلون ، وبعضهم يمضغون ألسنتهم ، فهي مدلاة على صدورهم ، يسيل القيح من أفواههم لعابا ، يتقذرهم أهل الجمع ، وبعضهم مقطعة أيديهم وأرجلهم ، وبعضهم مصلبون على جذوع من النار ، وبعضهم أشد نتنا من الجيف ، وبعضهم ملبسون جلابيب سابغة من القطران لاصقة بجلودهم ; فأما الذين على صورة القردة فالقتات من الناس - يعني النمام - وأما الذين على صورة الخنازير فأهل السحت والحرام والمكس . وأما المنكسون رؤوسهم ووجوههم ، فأكلة الربا ، والعمي : من يجور في الحكم ، والصم البكم : الذين يعجبون بأعمالهم . والذين يمضغون ألسنتهم : فالعلماء والقصاص الذين يخالف قولهم فعلهم . والمقطعة أيديهم وأرجلهم : فالذين يؤذون الجيران . والمصلبون على جذوع النار : فالسعاة بالناس إلى السلطان والذين هم أشد نتنا من الجيف فالذين يتمتعون بالشهوات واللذات ، ويمنعون حق الله [ والفقراء ] من أموالهم . والذين يلبسون الجلابيب : فأهل الكبر والفخر والخيلاء "


Terjemahan

Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rasullullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah saw: “Pada saat Sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah an-Naba’:18).

Mendengar pertanyaan itu baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dihalau, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12 barisan itu:

Barisan Pertama: Dibangkitkan dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati tetangganya. Maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Kedua: Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meremehkan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah Neraka.

Barisan Ketiga: Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Keempat: Dibangkitkan dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah Neraka.

Barisan Kelima: Dibangkitkan dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Keenam: Dibangkitkan dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Ketujuh: Dibangkitkan tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Kelapan: Dibangkitkan dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Kesembilan: Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api. Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Kesepuluh: Dibangkitkan dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya. Maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah Neraka.

Barisan Kesebelas: Dibangkitkan dalam kedaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnnya, mereka gemar minum arak

Bagaimanapun, bagi kelompok ke 12, mereka dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi 'sirat' (titian) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktu dengan berjemaah.



Takhrij

HR. al-Tsa’labi dalam Kasyaf al-Bayan, dan Ibnu Mardawaih dalam Tafsirnya sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 8/393, dari jalur Muhammad bin Zuhair dari Muhammad bin Muhtadi dari Hanzalah as-Sadusi dari ayahnya dari al-Barra’ bin ‘Azib dari Mu’adz bin Jabal ra. 

Juga dinukilkan oleh Al-Qurtubi dalam Tafsirnya 19/175. 

Juga diriwayatkan dalam kitab hadith syiah Bihar al-Anwar 5/89.

Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq berkata hadith ini mungkar, kerana dalam sanadnya terdapat lebih dari seorang perawi yang tidak dikenali ulama hadith dan tidak diketahui ketsiqahannya (Majhul).

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata hadith ini lemah dan nyata kepalsuannya dalam Lisanul Mizan

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah hadith Dhaif no. 6444.



Rujukan

Fatwa Islamweb no. 132553

https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=226396

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...